Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 11, 2011

HATI MELAYU PULAI PINANG




Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata

1. Demikian pantun lama yang dituliskan semula oleh Tun Dr. Mahathir diblognya ( Klik ). Tun merakamkan rasa sedihnya apabila mengenang kisah silam.
2. Komen dari pembaca juga sangat mengesankan. Perhatikanlah dan fikirkanlah, inilah masanya Melayu mesti bersatu, masa untuk Pas sertai UMNO dalam satu gagasan Melayu yang akan memperdaulatkan agama, bangsa dan negara kita;
i) Ahmad Badri.
Salam Tun,
Nasib orang Melayu Pulau Pinang telah diperkatakan sejak zaman Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri lagi. Semasa zaman Koh Tsu Kun, pemindahan orang Melayu dari Pulau Pinang amat ketara. Ramai yang berpindah ke Kulim, Selatan Kedah, dan kawasan Permatang Pauh. Ada orang UMNO menjadi Timbalan KM, tapi haprak, satu apa tidak dibuat untuk menolong orang Melayu Pulau Pinang. Anda pergilah lihat sendiri projek perumahan yang bagitu giat berlaku di Kulim, siapa pembelinya? Orang dari Penang. Sehinggakan Tesco dan Giant supermarket pun sudah beroperasi di tempat yang sepatutnya terpencil.
Kini, Pulau Pinag sudah di kuasai DAP, maka bermaharajalela meraka. Tambahan pula mereka disokong oleh kaum muda Melayu yang ”liberal” yang tidak kisah apa terjadi kepada Melayu, kerana kita orang ”Malaysia”, kata mereka. Usah difikirkan hal Melayu, kata mereka lagi.
Anda boleh pergi ke kawasan Jelutong di Pantai barat Pulau Pinang, tanya sendiri kepada orang tua-tua Melayu di situ di Kg Taman Medan dan Kota Giam. Mereka akan berkata, ”Kami sudah jadi saperti orang Palestin, di buang dan dihalau dari tanah bumi sendiri oleh DAP dan dulu oleh Koh Tsu Kun dan Lim Chong Eu”. Tanah mereka kini kian habis di ambil oleh Towkey besar Cina, di sokong dan dibantu pula oleh Melayu haprak, yang tumpang menerima habuan wang berjuta. Antaranya orang UMNO juga. Sebidang tanah yang bagitu luas dipunyai oleh ahli politik Melayu, tetapi dijual juga kepada towkey Cina, tanpa mengambil kira nasib penduduk Melayu yang terpaksa berpindah. Mereka terpaksa berpindah, bukan secara sukarela, tetapi akibat putar belit mereka yang berkuasa supaya tidak bersalah dari segi undang-undang.
Anda pergilah lihat sendiri keadaannya di Jelutong, kawasan yang masih ada orang Melayu. Agendanya, supaya Melayu habis dari situ. Digantikan dengan kondo mewah yang tiada Melayu akan beli. Kalau mampu pun mereka tidak akan membeli kerana jirannya kelak akan memasak babi, dan menyimpan anjing. Disengajakan supaya Melayu tidak hadir. Itu hati perut mereka.
Pergilah pula ke Batu Maung, dibawah sana, tanah indah memandang laut, yang dulu masyhor dengan durian kampong semuanya kepunyaan orang Melayu. Kini sedikit demi sedikit sudah bertukar tangan, kepada towkey Cina yang akan membina kondo mewah. Rumah-rumah orang Melayu yang banyak disitu sudah bertanda akan diroboh.
Bagi Towkey Cina, bos DAP, bos Gerakan atau bos MCA serta Melayu haprak, ini ialah “strictly business, willing buyer willing seller”. Tetapi bagi saya ini bukan jual beli sabenar, tetapi pemaksaan, rampasan tanah Melayu ala Lee Kuan Yew. Gunacara bos Cina ialah gunakan Melayu haprak. Oportunis Melayu yang talam dua muka.
Tanah-tanah disepanjang Pantai timur Pulau Pinang ini nilainya tinggi. Feng Tsuinya amat baik – memandang laut biru, dan memandang matahari naik. Lebuh raya pun cantik sepanjang Pantai, iaitu Lebuhraya Lim Chong Eu dan lebuh raya Sultan Azlan Shah, yang menyambung seluruh pantai ke George Town dan tanah besar. Mau keseberang pun mudah, melalui Jembatan Pulau Pinang, dan tidak lama lagi jembatan kedua. Memang nilai sabenar tanah-tanah di kawasan Pantai ini amat berharga. Kondo mewah yang ada sekarang (yang sangat banyak) di Pantai Jelutong dan Gelugor dijual lebih dua juta ringgit, paling murah setiap satu. Satu kompleks kondo katalah 20 tingkat ada paling kurang 200 biji kondo. Untung pemaju berbilion. Banyak mana yang tuan tanah Melayu yang dapat? Kacang putih.
Walhal, syarikat kerajaan juga boleh menjadi pemaju, atau pun mana-mana orang kaya Melayu pun boleh, yang menjadi kaya ditolong oleh UMNO. Dan jika mereka prihatin, berikan tempat kediaman baru sebagai ganti tanah yang diambil kepada tuan tanah atau tuan rumah yang asal, supaya mereka kekal di Pulau Pinang, ditanah tempat lahir mereka sendiri. Tetapi ini tidak berlaku, kerana agendanya ialah untuk Melayu dikurangkan dari bumi Pulau Pinang. Melayu lihat wang pampasan sudah tidak terdaya melawan. Dan lagi pun terlalu ramai Melayu haprak yang mementingkan diri sendiri yang menjadi tali barut.
Masalah Melayu Pulau Pinang sudah bagitu lama dihujahkan, tetapi UMNO dan PAS tidak ambil kisah. Kini UMNO pula sudah berhujah, ”UMNO tidak berminat untuk mengetuai kerajaan di Pulau Pinang.” Saya rasa termuntah.

ii) Amin Tan.
Salam Tun,
Melayu memang lemah. Jika kita hendak mengalirkan air mata kesedihan kerana melayu lemah kita akan menjadi kaum yang lebih lemah apabila kita mula membenci kaum lain. Betul kata Zulkiflee, kelemahan Melayu boleh dilihat di Selatan Thailand, Singapura dan Filipina. Di Singapura, Lee Kuan yew tidak anti Melayu, tetapi pro meritokracy, iaitu dasar pro kewibawaan. Singapura pro mereka yang bijak pandai tidak kira apa warna kulit, agama dan fahaman. Orang2 Cina bawahan di Singapura diketepikan dan digantikan dengan orang2 asing yang lebih pandai dan berkelulusan tinggi. Lee Kuan You mengutamakan bahasa Inggeris.
Di selatan Thailand yang terdiri daripada 3 wilayah majoriti Melayu telah ditakluk oleh Siam. Orang2 Melayu di sana hanya boleh membaca dan bertutur bahasa Siam. Pejuang2 Melayu ditembak dan dibunuh begitu saja.
Mengikut sejarah pula, Francis Light founded Penang dan Stanford Raffles founded Singapore. Orang2 Inggeris terjumpa Pulau Pinang dan Singapura yang dihuni oleh sedikit orang Melayu yang masih berkaki ayam.
Lebih baik kita berjuang atas dasar islam untuk dunia dan akhirat. Lebih baik kita beriman kepada Al Quran dan berpandu kepada sunnah dan hadis nabi Mohammad. Janganlah kita membenci dan mengapi-apikan kebencian sesama kita, Melayu, Cina atau India. Kita semua keturunan nabi Adam. Dalam islam, ketaqwaan kepada Allah lebih diutamakan, wallahu alam.
amin tan

ii) Arabaz.
Salam Semua !!
Melayu Pulau Pinang.
Saya ada beberapa cerita untuk dikongsi bersama.

Penempatan rumah kos rendah
Seorang kakitangan syarikat saya menceritakan pengalaman beliau membeli rumah kos rendah. Beliau merupakan melayu Pulau Pinang berpendapatan Rm900 sebulan dan isteri beliau juga berkerja. Beliau telah di tawarkan rumah kos rendah didalam pulau pinang bersukur tak terkira. Keutama kepada yang berkeluarga. Apabila sampai di syarikat pemaju untuk menyerahkan wang penampahan, beliau telah diberitahu oleh pihak pemaju (berbagsa Cina) hanya dua bank kewanagan sahaja yang boleh beliau buat urusan pinjaman kewangan, salah satunya Maybank. Beliau pun apa lagi lengkapkan dokuman dan terus ke bank untuk pinjaman. Malang sekali kedua-dua bank telah menolak permohonan beliau. Beliau menjadi buntu dan tertanya-tertanya apakah masallah sebenar. Sehingga satu hari beliau terjumpa kawan lama yang berkerja di bank Maybank , kawan belaiu memberitahu bahawa arahan dari ketua bank semua permohonan pinjaman untuk kemajuan pemaju tersebut itu hendaklah ditolak, alasannya pemaju tersebut bermasalah..dan ketua bank itu juga berbangsa Cina. Oleh itu beliau pergi bank kewangan CIMB .dan permohonan beliau telah diluluskan dan beliau memiliki seunit rumah kos rendah tersebuat. Jika beliau tidak meneruskan usaha atau tidak diberitahu tentang kedudukan bank tersebuat, sudah tetu beliau tidak akan memilkinya. Beliau juga menceritakan bahawa jiran beliau yang berbangsa Cina tidak menetap di pulau pinang berkerja di Kuala Lumpur (lagaknya Mewah). Rumah tersebuat sebagai persinggahan percuitan sahaja. Bangsa cina ini menjalankan kegiatan mereka sungguh halus seperti menarik rambut dalam tepung. Hinggakan bank kewangan yang dimiliki kerajaan juga di kuasai oleh mereka .

Cerita kedua saya adalah sikap
Tabiat duduk di bawa ketiak ibu & bapa telah menjadi kelaziman penduduk melayu, hinggkan yang dah berkeluarga juga duduk sama. Ini adalah kerana menjaga kewangan. Tetapi apabila adikberadik sebumbung semua mula membesar ruang rumah menjadik kecil. Tanggungan juga bertambah besar. Apabila kesedaran mula dirasai maka mula lah fikir tetang nak beli rumah, tapi sayang kesedaran sudah terlambat kerana harga rumah meningkat mengila. Jadi terpaksa lah mencari rumah yang dipinggir atau pindah terus ke seberang (tanah Besar) atau ke sungai petani kedah. Jika awal2 dulu sikip ingin berdikari ini ada maka masing2 insyalah dapat juga memiliki rumah sederhana. Dulu tahun 95 apartment di sekitar pulau pinang boleh dimiliki dari 80K hingga 150k berbeza sekarang sekitar 300k hingga 500k perbezaan ketara 15 tahun… rumah saya beli pada tahun 2004 adalah 350K tetapi sekarang harga pasaran telah mencecah 800k, jika sekrang ini saya hendak membeli 800k sudah tentu saya tak mampu memilikinya. Apa tah lagi dengan kepayahan peminjaman kewangan.

Banyak juga sikip melayu kita yang harus di kikis. Hasat dengki ni selalunya menjadi teraju uatama kearah kemunduran.Jaki tengok org lain Maju.!!!

0 comments:

share2