Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 11, 2011

Razifi Anak Lembu Anwar Ibrahim


Isu Pusat Fidlot Kebangsaan (PFK) menjadi kontroversi apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa kerajaan berbohong berhubung isu geran RM250 juta kepada pengendali projek berkenaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, dakwaan tersebut tiada asas dan bermotifkan politik.

Beliau berkata, dana berkenaan hanya dibayar sebanyak RM181 juta sehingga Julai 2011 dan masih berbaki yang digantung kerajaan berikutan beberapa faktor.

Katanya, terdapat beberapa fakta yang disamarkan bagi tujuan memburukkan kerajaan sedangkan projek itu masih belum disiapkan sepenuhnya.

"Sehingga kini, kerajaan telah menyiapkan 67 daripada 310 ladang satelit seluas 5,000 ekar (2023.5 hektar) bagi tujuan itu dan 53 daripadanya telah siap," katanya.

Daripada jumlah itu, 23 telah beroperasi dan 30 lagi masih menanti pengusahanya.

Noh turut mencabar mana-mana pemimpin PKR agar mengendalikan ladang berkenaan sekiranya mereka benar-benar bijak menanganinya. Berikut adalah wawancara eksklusif tersebut.

Boleh jelaskan dakwaan pembangkang mengatakan Datuk Seri berbohong isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)?

NOH: Pembangkang langsung tidak beretika dan mengamalkan satu budaya yang tidak bertanggungjawab sebab satu isu yang dibangkitkan mengatakan saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pembohong. Perkara itu dibuat di lobi Parlimen di sebelah pagi sedangkan di sebelah petang dia (pembangkang) tahu saya akan menggulung mengenai isu-isu pertanian. Kalau pembangkang beretika dan tidak lebihkan politik, sepatutnya dibangkitkan dalam Parlimen. Kalau mereka bangkit dalam Parlimen, saya akan jawab. Kalau tidak puas hati dengan jawapan saya bagi, barulah dia boleh buat tuduhan yang mengatakan kita pembohong dan sebagainya.

Apa yang dikatakan kita pembohong, saya merasakan bahawa dia kata berkenaan duit RM250 juta. RM250 juta ini diperoleh daripada laporan audit bertarikh Disember 2010, mengatakan bahawa pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada NFC sehingga Disember 2010, berjumlah RM134.7 juta. Kemudian ada baki lagi berjumlah RM115.28 juta. Dan disebut lagi bahawa baki ini hanya akan disalurkan apabila ada kajian ‘viability’ dan ‘business model’ projek selesai dilaksanakan.

Ini menunjukkan bahawa pada Disember 2010, sah audit kata duit ini masih ada baki. Tetapi pembangkang mengambil daripada penyata kewangan daripada syarikat yang menyatakan pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta. Ini bermakna, menurut pemerhatian keadilan, duit semua sudah habis dibayar. Dia kena ingat bahawa laporan tersebut dibuat oleh setiausaha syarikat. Sebab itu, kita nak minta penjelasan daripada syarikat ini, bagaimana dalam laporan yang mengatakan peruntukan telah habis dikeluarkan.

Apakah kerajaan sudah membayar penuh kepada pengusaha projek tersebut?

NOH: Akaun tidak habis bayar. Jadi akaun ini dia ambil dari laporan syarikat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). Ini laporan syarikat pada tahun 2009. Laporan ini lebih awal manakala laporan audit kemudian iaitu pada Disember 2010. Dia kata jelas pada 2011 sudah habis dibayar. Jadi menunjukkan ada percanggahan di sini. Jadi kita kena percaya kepada laporan audit negara dan saya juga mengesahkan duit ini memang belum habis dibayar. Dia membuat tuduhan tanpa mendapat penjelasan daripada kita. Membuat tuduhan melulu. Jadi sebenarnya mereka lah yang bertindak membohongi rakyat dan mengelirukan masyarakat.

Maknanya, pembangkang mengambil laporan kewangan dari syarikat, bukan dari Laporan Audit?

NOH: Ya. Sebab itu saya dah mintak SSM bagi penjelasan. Dia telah membuat kenyataan akhbar, dia kata, syarikat ini telah ada tanggungan.

Bagaimana pula yang dikatakan sepatutnya 60,000 ekor lembu tapi mahu 8,000 sahaja itu?

NOH: Itulah yang saya terangkan semalam. Dia tidak faham fakta. Itu yang bila saya kata, dia terdiam. Dia kena ingat. Lihat target lembu 226,000 ini, ia sebenarnya bukan hanya bergantung kepada NFC sahaja. Dalam NFC ini ada dua syarikat. Satu dikenali Agroscience. Syarikat ini patut keluarkan 60,000 sahaja dan Lambert dari Australia sebanyak 20,000. Selebihnya melalui ladang satelit. Ladang satelit ini kerajaan sepatutnya bina sebanyak 310 buah. Ini tanggungjawab kita sebab dalam perjanjian ada skop apa tanggungjawab organisasi kerajaan dan apa tanggungjawab NFC. Mereka tidak faham. Mereka main rangkum semua, sedangkan dalam kita punya projektor itu melibatkan dua pihak. Kita bertanggungjawab untuk menghasilkan 186,000 ekor. Kita kena membina 310 buah ladang satelit (310 x 600 ekor). Tapi setakat ini kita sedang bina 67 buah. 53 sudah siap dan 23 sudah pun beroperasi. Jadi kena ingat, dari mana dapat jumlah 226,000 ekor ini, ia melibatkan tiga buah syarikat iaitu Syarikat Agroscience, Lambert dan ladang satelit. Ladang setelit ini yang paling banyak sebab kena keluarkan 186,000.

Adakah syarikat Agroscience dan Lambert ini di bawah NFC?

NOH: Ya, bawah NFC.

Berapakah tempoh diperlukan untuk 226,000 ekor ini?

NOH: Ia kita punya produk projeksi kita untuk Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu dari tahun 2006 dan berakhir 2011. Tetapi bila NFC dapat tawaran, dia hanya mampu bermula tahun 2008. Sepatutnya mula tahun 2007. Tetapi oleh kerana kelewatan pihak kontraktor yang dipilih kementerian melalui tender terbuka, setahun selepas itu baru siap, jadi sebab itu projek ini tidak boleh masuk dulu. Dia hanya tinggal tiga tahun dan terlewat.

Oleh kerana projek baru, dia telah pun minta kaji semua pengeluaran 60,000 ekor dan diluluskan kerajaan dengan projek baru sebanyak 8,000 ekor dalam tiga tahun. Dalam tempoh tiga tahun, dia sudah capai sasaran tersebut. Bagaimanapun syarikat Lambert yang sepatutnya mengeluarkan 20,000 telah menarik diri. Agroscine berjaya capai sasaran yang telah dicadangkan kepada kerajaan.

Bagaimana pula dengan jumlah keluasan tanah yang dikatakan?

NOH: Itu juga tidak betul. Keseluruhan tanah yang diberikan sebanyak 5,000 ekar bukan diberikan semuanya kepada Agroscience. Agroscience dapat 1,500 ekar, Lambert 500 ekar dan syarikat kerajaan negeri mendapat 3,000 ekar diambil balik.

Boleh Datuk jelaskan pasal pembayaran?

NOH: Ini adalah pinjaman. Sehingga Julai 2011, RM181.9 juta sudah dapat. Jadi dari laporan kita bagi, jawapan yang diberikan Najib yang dijawab dalam parlimen. Perdana menteri kata, setakat Julai 2011, hanya RM181 juta telah diberikan, dan sehingga Disember 2010, yang mana laporan audit ditutup, kita sudah bayar RM134.7 juta.

Sebab dia kata kami bohong, dia menafikan kenyataan perdana menteri dan saya. Berdasarkan laporan kewangan yang tidak tahu mereka dapat dari mana, dia kata NFC keluar RM130 juta pada pinjaman pertama. Kenyataan ini mungkin benar. Kemudian dia kata NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta menjadikan jumlah sebanyak RM250 juta. Sebab itu dia kata duit dah keluar.

Kemudian, dari sini, dia rujuk pula kepada laporan SSM, dirujuk kepada noncurrent liability berjumlah RM256 juta. Sebab itu dia kata duit 250 juta ini syarikat sudah bayar. Ini pandangan dia.

Apakah yang membuatkan perkara ini timbul hingga dijadikan modal politik?

NOH: Mereka tidak mendedahkan perkara sebenar, di mana wang berkenaan disalurkan ke dalam satu akaun khas (trust) dan tidak diberikan kepada syarikat secara terus. Untuk mengeluarkan peruntukan berkenaan mestilah disokong ahli jawatankuasa teknikal bawah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan. Syarikat kena bagi justifikasi apa yang hendak digunakan dengan wang berkenaan. Apabila Jabatan Veterinar berpuas hati dan menyokong barulah dibawa ke Kementerian Kewangan dan melalui proses sepatutnya sebelum kelulusan dibuat.

Sekiranya Kementerian Kewangan tidak meluluskan peruntukan itu, maka kami akan membatalkan projek yang dirancang. Pembayaran dihentikan atas arahan Perdana menteri, selaku Menteri Kewangan. Jika projek perlahan, beliau minta hentikan dan kaji semula bayaran. Bagi kes ini, Kementerian Kewangan melantik UPM Holding untuk buat kajian kerana mereka tidak puas hati dengan projek ini.

Adakah Datuk Seri merasakan perlu diberikan peluang kepada pimpinan PKR cuba melakukan projek ini?

NOH: Ya, saya cabar mereka laksanakannya jika mereka boleh mengendalikannya. Masih ada 30 ladang satelit yang tidak diusahakan. Cuba buktikan, jangan pandai bercakap. Hanya 23 daripada 53 ladang satelit berkenaan sedang beroperasi di Negeri Sembilan

1 comments:

  • Anonymous says:
    November 12, 2011 at 2:05 AM

    lembu duduk kondo?....

    duit rakyat diperlakukan dan dibahagikan sesuka hati oleh puak durjana kepada puak durjana ini...
    pembohongan demi pembohongan...
    darah daging BN dari dulu..kini dan selamanya....

share2