Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 31, 2011

PEMUDA PAS PAHANG TOLAK KEPIMPINAN ANWAR???


Pelik. Perkara seumpama ini jarang berlaku. Tetapi, ianya memang tak masuk akal kalau kita nak kata yang Pemuda PAS Pahang ni cuba untuk menyindir Si Ketua Penipu tu.

Kalau baca kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri ni, nampak macam dia nak perli Si Ketua Penipu tu dan menjadikan Si Elton John ni sebagai pelindung.
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pahang menuntut kerajaan negeri memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai tanpa mengira parti atau pertubuhan terhadap konsert artis antarabangsa, Elton John yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini di Genting Highlands.
Yang Dipertuanya, Ustaz Rushdan Abdul Halim berkata, ini kerana ianya akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja melayu Muslim.
Katanya, seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ianya akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan.
Tambahnya, gesaan tersebut dibuat kepada kerajaan negeri kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku.
“Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang  berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Dalam erti kata lainnya, diorang juga jelas menolak seorang yang nak menjadi ikon kepada Negara tidak perlu mengikut jejak langkah Si Elton tu.

Jadi, memang tak salah la kalau diorang buat desakkan agar Si Ketua Penipu yang bernama Anwar Ibrahim tu menyerahkan DNA dia kepada pihak mahkamah.

Itu pun kalau diorang betul - betul menolak ikon GAY ini secara telus. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!

2 comments:

  • Anonymous says:
    October 31, 2011 at 5:13 PM

    Apa tajuk artikel ni? Apa kena mengena Elton John di Genting dengan Anwar? Bila Rushdan Halim menjadi Ketua Pemuda

  • Admin. Jerantut Daily says:
    October 31, 2011 at 7:48 PM

    Salam tuan, mohon linkkan dan war-warkan blog kami

share2