Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 1, 2011

HJ Hadi Masih Bermimpi


MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini. Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah

Sekali lagi Hj hadi cuba tonjolkan imej islam dalam usahanya untuk menyesatkan umat Muhammad s.a.w. Apakebendanya kaitkan komunis/british dengan Rasullulah s.a.w. Adakah komunis/british tu membawa ajaran islam sampaikan kita umat islam di Malaysia ni mahu merdeka, kita pula dikatakan jahiliah. 

Sudahlah pak Haji. Bawak bawaklah mengucap. Selama ini adakah umat islam di Malaysia ni tertindas? Adakah umat islam di Malaysia ni disekat hak beribadat? Adakah pak Haji pakai serban, pakai jubah tu dilarang di Malaysia?

Nak tegakkan hukum islam tetapi kenapa PAS sekarang dah buang Hudud pulak. Cer cerita sikit Pak Haji, cer cerita...

0 comments:

share2