Hehehe...banyak sangat menulis akhirnya ada juga keluar pengakuan berikut. Tapi rasanya dia buat pun secara tak sengaja.
Di Pahang ni ada seorang blogger yang KONONnya memperjuangkan nasib peneroka - peneroka Felda tetapi dalam masa yang sama dia juga turut mengaut keuntungan.
Macam mana dia buat? Katanya, dia merupakan diantara panel peguam yang bertanggungjawab menguruskan saman yang dibuat peneroka terhadap Felda.
Walaupun dia sudah bersara, tetapi katanya, Syarikat dia tetap menjalankan perkhidmatan tersebut seperti biasa.
Selepas bersara dari arena guaman, dia jadi penasihat undang - undang bebas kepada mana - mana pihak yang memerlukannya. Tapi itu kata orang.
Membaca tulisan dalam blog dia hari ini, nampak jelas dia mempertikaikan mengenai imbuhan tambahan yang diberikan oleh Felda kepada Peneroka - Peneroka ni.
Dalam tajuk 'Apalah sangat duit raya RM200 - RM400 yang diberikan kepada Peneroka Felda' dia secara tidak sengaja mengakui bahawa peneroka ni berpendapatan tinggi.
Kepada peneroka-peneroka yang bebas dari politik UMNO mereka bersyukur kerana mendapat tambahan kepada pendapatan mereka tetapi mereka tidaklah mengharapkan sangat imbuhan sebanyak RM200-RM400 itu kerana pendapatan bulanan mereka adalah jauh lebih besar dari imbuhan itu.
Persoalannya, jasa siapakah yang memberikan pendapatan yang sebegitu lumayan kepada Peneroka - Peneroka bebas tersebut?
Adakah ianya jasa puak - puak Pakatan Pembangkang yang sibuk ke hulu, ke hilir menjaja dakwaan demi dakwaan buruk terhadap Felda?
Kebiasaannya, mereka akan jawap, itu sudah memang tanggungjawab pihak Kerajaan. Habis, apa pula tanggungjawab puak - puak Pakatan Pembangkang tu pulak?
Adakah mereka sekadar tahu mempertikaikan Felda dan membuat dakwaan yang bukan - bukan semata - mata?
Katanya, UMNO bagi duit imbuhan tambahan tersebut kepada peneroka - peneroka sebanyak RM 200 hingga RM 400 seorang.
Bagaimana pula dengan puak - puak Pakatan Pembangkang? Berapa banyak imbuhan tambahan yang diorang bagi kepada peneroka ni?
Ternyata, artikel yang ditulis itu hanya sekadar alasan untuk menutup persoalan diatas sahaja. Diorang tak dapat nak bagi apa - apa, maka sebab itu la dia bagi alasan tersebut.
Kalau didesak agar dinyatakan berapa yang mereka berikan, dia akan jawab, bagi banyak mana pun tak berbaloi sebab Peneroka ni pendapatannya mewah.
Tahniah diucapkan kepada dia kerana mengakui jasa pihak Felda yang didakwa dengan pelbagai tuduhan memberi manfaat kepada Peneroka. Lepas ni jangan la bagi alasan kata Peneroka ni ditindas dan sebagainya pulak!!!
0 comments:
Post a Comment