Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 28, 2011

KASI ISA INI ORANG!!!



Memang dasar jenis manusia musibat!!! Kalau bagi muka kat budak terencat akal ni pun tak guna. Buat mengabihkan masa je!!!

Orang macam Si Mat Sabun ni memang wajib dikenakan tahanan ISA kerana mengugat dan mengancam keselamatan Negara.

Tunggu apa lagi??? Pihak berkenaan perlu bertindak dan kenakan tindakan tegas terhadap Si Mat Sabun ni. Jangan setakat bercakap je.

Biar dia ingat sikit kat mana dia duduk. Jangan dibiarkan dia sesuka hati je mencela pejuang -pejuang kita!!! 

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.
“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.
“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.
‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

0 comments:

share2