Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 1, 2011

PEJABAT PKR KUANTAN DI GEMPUR!!!


Wah!!! Macam buat laporan perang la pulak. Asyik kena gempur je markas - markas Parti Kencing Rakyat sejak akhir - akhir ni.


Nampak sangat la diorang tak mampu nak mempertahankan kubu mereka sendiri. Itu pun ada hati lagi diorang nak mentadbir Negara.


Tengahari tadi, beberapa orang warga muda disekitar kawasan Kuantan membuat perhimpunan aman dihadapan Pejabat PKR disini.


Perhimpunan yang disertai oleh lebih kurang 100 orang itu adalah bagi menyatakan bantahan mereka terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada Julai nanti.


Selain itu, mereka juga turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Si Fuziah 'Reaktor' tu.


Mereka menolak pembohongan yang kerap kali dikeluarkan oleh Fuziah berkaitan dengan pembinaan kilang memproses logam Nadir Bumi dikawasan Gebeng.


Tindakan Fuziah itu disifatkan sebagai cubaan untuk memporak - perandakan keadaan dan memecah - belahkan penduduk - penduduk di Kuantan semata - mata.

Tapi macam biasa la. Tak de orang pun wakil daripada PKR yang datang untuk mempertahankan kubu mereka bila digempur seperti ini. Maklum la, semua takut terdedah dengan radiasi, ye tak? Buat malu malu je jadi pejuang. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Sumber daripada Cybertrooper Pahang.

1 comments:

  • Anonymous says:
    July 1, 2011 at 8:40 PM

    Elok PKR tutup pejabat saja di Kuantan. Kalau sudah pengotor, semua tempat akan ditinggalkan najis-najis merata-merata. Bersih konon! Mulut PKR busuk lebih bahaya daripada bahan radioaktif lagi.

share2