Datuk S Ambiga akan membatalkan perhimpunan haram BERSIH jika sekiranya Yang DiPertuan Agong menitahkan supaya demonstrasi tersebut tidak dilakukan.
Bercakap kepada pemberita, jika ada Titah Yang DiPertuan Agong untuk membatalkannya, Datuk S Ambiga berkata "Ya".
Walaubagaimanapun, keputusan akan dibuat setelah mendapat diberi perkenan dari Yang Dipertuan Agong untuk berjumpa dengan baginda.
"Kami akan buat pengumuman selepas kami mempersembahkan keputusan kami kepada Yang DiPertuan Agong. Kami akan akur dengan segala keputusan Yang Dipertuan Agong," ujar beliau.
Surat rasmi akan dihantar ke Pejabat Istana untuk mendapat perkenan mengadap Yang Dipertuan Agong.
Dalam pada itu, Datuk S Ambiga telah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada sebelah pagi tadi. Bekas Perdana Menteri telah menasihatkan untuk turut dan patuh kepada Titah Yang DiPertuan Agong.
Ambiga kata rusuhan mungkin akan dibatalkan sekiranya mendapat titah YDPA. Tapi sebenarnya titah sudahpun dikeluarkan semalam apabila YDPA bertitahkan supaya semua pihak tidak membuat huru hara. Takkan Ambiga masih tak faham lagi. Ataupun dia sengaja buat tak faham.
Samada perhimpunan haram tu dibatalkan atau pun tidak...seluruh rakyat perlu bangun menyelamatkan negara ini dari para penghasut dan pemberonmtak yg menggunakan kebebasan demokrasi.
Hapuskan mereka dan jangan beri peluang untuk bangun lagi.
Kita adalah "people's power" yang sebenar yang selama ini berjaya menentang Malayan Union dan menghalau komunis ke hutan.
Kitalah People's Power yang berjaya membangunkan negara dan rakyat pelbagai kaujm dan agama \hidup dalam aman, sejahtera dan berkembang maju.