Program tersebut anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kolej Universiti Shahputra dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating.
Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, dalam program tersebut, pihaknya telah memilih sebuah rumah usang yang diduduki oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Effarizam Jabar, 33.
Menurutnya, pemilihan itu disebabkan ayah kepada empat anak dan bekerja sebagai nelayan tersebut tidak mampu memperbaiki rumahnya berikutan pendapatannya yang tidak menentu.
''Atas keprihatinan itu, semua sukarelawan terbabit memberi komitmen membaik pulih rumah tersebut supaya keluarga Effarizam dapat menduduki rumah yang lebih selesa," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan peruntukkan bagi menjayakan program tersebut. Wan Rosdy dalam ucapannya, memuji program terbabit serta mengatakan rasa bangganya kerana mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan itu terdiri daripada generasi muda.
''Program seperti ini dapat memupuk sikap dan budaya lebih positif di kalangan masyarakat dan berharap dapat dijadikan perintis bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti serupa pada masa depan,'' katanya.
Sementara itu, Pengerusi Rakan Muda KIPSAS, Mozaid Hasbullah berkata, selain aktiviti tersebut, pihaknya turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.
Katanya, usaha tersebut dikendalikan oleh penuntut kejururawatan Kolej Universiti Shahputra.
Pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam menjayakan program itu ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Belia dan Sukan Pahang serta Sekolah Kebangsaan Cherating.
0 comments:
Post a Comment