Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 10, 2011

CMK - ALASAN YANG BENAR UNTUK LAKUKAN YANG SALAH

Ciumanmu terasa hangat dipipiku, dan aku terpaksa memejamkan mataku
kehkehkeh !



Kami perhatikan berkali-kali tulisan PDO berkenaan laporan polis terhadap blogger 'BraveHeart' Kami juga perhatikan laman facebook CMK (cucu mat kilau). Kami buat penilaian berdasarkan apa yang dapat dilihat dikedua-dua laman media sosial berkanaan;

CMK dilaman facebooknya yang memulakan isu berkenaan dan bersungguh-sungguh meminta laporan polis dibuat. Timbul pertanyaan kenapa tidak beliau sendiri yang melaporkannya? Setelah laporan polis dibuat dan beberapa laman blog menulis dan memberikan sokongan kepada blogger 'BraveHeart', CKM dan PDO dengan bangganya memaklumkan perkara berkenaan. Apakah tujuan asalnya hanya untuk mencari nama apabila CKM dan PDO sudah semakin dilupakan?

Banyak kenyataan yang salah disiarkan dilaman blog PDO mengenai isu berkenaan tidak benar sama sekali. BraveHeart bukanlah ahli PahangKu, beliau hanyalah penulis tamu yang setakat ini pun hanya menulis beberapa artikel sahaja. PahangKu juga bukanlah blog UMNO namun PahangKu atas kesedarannya sendiri adalah sebuah blog yang menyokong UMNO.

Justeru tidak benar sama sekali bahawa PahangKu dibayar oleh sesiapa selama ini. Mungkin PDO yang selama ini dibayar atau berharap untuk menerima bayaran dari UMNO, tidak dapat kami pastikan, namun menyerang PahangKu dan blogger yang menyokong PahangKu seakan ada agenda tersembunyi mereka terutamanya apabila PahangKu sudah semakin tegap dan dikenali selepas PRK DUN Kerdau dahulu.

CMK dan PDO juga mempertikai foto bersama MB Pahang yang belum tentu kebenarannya, namun MB adalah MB Negeri Pahang dan bukannya MB PahangKu, justeru sesiapa saja boleh menemui dan bergambar dengannya sekiranya beliau sendiri merelakannya. Jadi tidak timbul soal MB Pahang atau UMNO sebagai penaung kepada PahangKu, bahkan ianya adalah tidak benar sama sekali.

Blogger BraveHeart hanya memanjangkan apa yang ditulis oleh seorang sahabat bloggernya dari Sarawak blogger RajahMas (klik sini),  justeru tindakan sebenarnya harus diambil terhadap blogger itu terlebih dahulu, itu pun jika mereka benar-benar melakukan dengan niat yang jujur dan ikhlas.

Mungkin apa yang berlaku adalah kerana perasaan hasad dengki seseorang apabila ada pihak lain yang sudah semakin menonjolkan diri serta akan menenggelamkan popularitinya selama ini. Orang itu tidaklah sebaik dan sebersih mana. Bahkan pemberi maklumat kepada beliau juga memberikan lebih banyak maklumat beliau kepada kami selama ini. Apa sangat-sangat mengetahui apa yang dikehendakinya dari MB Pahang selama ini namun tidak mendapat layanan dari pihak berkenaan.

Mungkin beliau sedang meroyan seorang diri dengan pucuknya yang tak sampai ke langit serta akarnya yang tak jejak ke bumi. Pihak kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada beliau serta PDO sekiranya kami merasakan perlu, atau mungkin membiarkan saja mereka yang meroyan itu gila meroyan sendirian. Kami pasti bahawa laporan polis terhadap blogger BraveHeart bukanlah berasaskan kepada soal rasis kerana banyak lagi laman-laman blog serta mereka-mereka yang nyata lebih rasis lagi, tetapi ianya adalah kerana tulisan BraveHeart banyak yang menyelar Anwar Ibrahim selaku pemimpin parti PKR.

Berikut adalah komen di laman blog PDO dari pembaca yang majoritinya tidak menyokong apa yang PDO lakukan;


11 Comments

Close this window Jump to comment form

Blogger otaistillkick said...
Aku baca fasal moral Anwar dan Wan Azizah dalam di musramrakunman Bab moral ni ... bagi aku yang teruk dan tercemar adalah pemimpin BN sendiri sebagai peneraju kini. Bagaimana PM bolih di perbodohkan dalam pembohongan isu PKZ.Bukan satu tetapi lebih sorang PM yang kena .Dengan jentera kerajaan di gunakan sepenuhnya untuk menangkis dan memburukan pihak lawan.Kes kapal selam yang di bicarakan di luar negara. Kematian di pejabat SPRM yang menjadi tanda tanya dengan jawapan yang tergantung. Kes ALTANTUYA walau di anggap selesai , banyak kesan pada kes yang berlaku hampir sama dengannya. Pembunuhan Dato Sosilawati .. adakan dalang akan di pertanggungjwabkan. Jika ini berlaku bagaimana dengan kes ALTANTUYA. Rakyat sekarang sedar ... hak mengundi bukan semesti menjadi ahli parti. Tidak menjadi ahli parti pun ... jika mendaftar sebagai pemilih layak mengundi.Rakyat sebenar nya bosan dengan kerenah paksaan BN dalam menjalankan programe bersandarkan programe Kementerian dan Jabatan.
Sunday, May 08, 2011 3:19:00 PM
Anonymous Miecyber said...
Singkirkan pemimpin yang korup... Ais Artik kian cair
Sunday, May 08, 2011 4:23:00 PM
Anonymous Anonymous said...
portal fitnah mcm ni dah kena saman pun masih tak serik? Patut korang yg kena saman sampai bengkrap
Sunday, May 08, 2011 4:35:00 PM
Anonymous Anonymous said...
sy setuju dgn ulasan2 di atas memang kita perlu singkirkan pemimpi2 yg korup salah guna kuasa dan kaki betina kaki botol. pilihan raya hampir tiba gunakan lah hak kita sebagai pengundi utk buat perubahan..insyaAllah akan berjaya
Sunday, May 08, 2011 4:36:00 PM
Anonymous Anonymous said...
aku bersetuju dengan cadangan korang ni weii..kepimpinan pakatan terutama pkr amatlah menjijikkan. apa punya ketua pkrlah..kaki liwat, kaki zina..aku sokong benar cadangan nik aziz mengenai hukum hudud. kalaulah umno jalankan hukum hudud, elok benar anwar ibrahim dihukum rejam. apa kata korang? elok benar kan anwar ibrahim dihukum rejam.
Sunday, May 08, 2011 7:43:00 PM
Blogger TAIPINGMALI (TM) said...
Apa punya bodo Pas sampai nak buat report. Kata kebesanan bersuara. oleh itu biarlah BH bersuara dan lawan secara maya kalau ada hujah, Membuat laporan polis bererti pihak Pas bankrup idea dalam berhujah. mana motto Lawan tetap lawan?
Monday, May 09, 2011 12:12:00 AM
Anonymous Anonymous said...
Tu dia. Punya hebat tabur fitnah tanpa sebarang usul periksa. tak de bukti kukuh pulak tu. Bila dia buat fitnah dan spekulasi, main mintak maaf je ye? ingat boleh settle ke masalah kalau setakat minta maaf? Nampak sangat la PDO ni lemah dalam permainan Psy-War dalam alam Maya ni sampai nak kena buat report Polis. Macam ni ke perangai bekas ahli PKR yang dah diludah dan dibuang oleh oleh Pakatan Pembangkang sendiri?
Monday, May 09, 2011 7:32:00 AM
Anonymous Anonymous said...
Jauhi PKR. PKR lebih bahaya berbanding KOMUNIS. PKR lebih bahaya berbanding NAJIS DADAH. PKR lebih bahaya berbanding ZIONIST. Aku berdoa semoga seluruh keluargaku dijauhkan daripada bala PKR.
Monday, May 09, 2011 10:29:00 AM
Anonymous Anonymous said...
Anon 10:29 ni emosional tak pepasal. Kau tahu tak Zionis tu apa? Setahu aku, UMNO yang mirip zionis kat malaysia ni. Cuba cek berapa ramai pemimpin tertinggi UMNO yang jadi ahli Freemason?
Monday, May 09, 2011 11:41:00 AM
Anonymous dulu umno sekalang pr said...
pru13 BN (batu nisan) akan tumbang, umno akan hilang kuasa dibumi malaysia. lain kali jangan zalimi rakyat (isa), jangan sukar fitnah menfitnah, jgn rasuah. jangan ttg hukum hudud, jgn luluskan lesen2 judi.
Monday, May 09, 2011 6:53:00 PM
Blogger usin said...
pdo, kalau lu tengok cermin lu x prasan lu senget ke. lu x ingat masa lu pitnah saiful tempohari? sengal punya blogger...
Monday, May 09, 2011 10:37:00 PM

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 10, 2011 at 5:15 PM

    PDO ni tak lebih dari sekadar blog syok sendiri

share2