Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 16, 2011

SIDANG DUN PAHANG (2) : Taklimat Lynas Dibatal Salah Siapa

Adakah orang ini yang arahkan setiap negeri dikecohkan dengan satu isu?

Isu Lynas dibangkit dan taklimat dikacau semata-mata mahu alihkan pandangan rakyat terhadap kes liwat dan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin No 1 pembangkang. Mereka juga mahu alihkan pandangan rakyat terhadap isu ahli PKR Cabang Indera Mahkota yang keluar beramai-ramai dari PKR dan menyertai UMNO.

Baru-baru ini taklimat tentang Projek Lynas di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat Bandar Indera Mahkota telah dibatalkan. Sebelum ini dua taklimat telah diberikan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Jabatan Alam Sekitar Pahang (JAS) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia (AELB).

Taklimat ini dibatalkan bukan beerti Kerajaan Negeri "bacul" atau "takut" tetapi ianya telah dipolitikkan oleh pembangkang. Taklimat sebelum ini telah diganggu oleh pembangkang dengan kata-kata yang kesat dan berteriak "boo".

Menteri Besar Pahang telah memaklumkan dalam persidangan DUN tentang pembatalan taklimat ini. Maka Yang Behormat Pembangkang perlu dipersalahkan kerana tidak menyampaikan maklumat ini. Barangkali YB Pembangkang sengaja tidak mahu memaklumkan supaya rakyat terus marah.

Mungkin pembangkang marah sangat sebab strategi mereka untuk mengecohkan taklimat berikutnya tidak kesampaian. Kita dapat mengesan, kedapatan orang yang sama hadir pada siri taklimat yang kedua.

Menteri Besar Pahang sendiri akan turun padang untuk membuat penjelasan kepada semua lapisan masyarakat berkenaan isu pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia oleh Lynas Corporation Ltd yang didakwa boleh menghasilkan radiasi serta ancaman itu.

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 19, 2011 at 4:05 PM

    Saya amat bersetuju jika ada pendapat mengatakan Al-Juburi mengarahkan agar isu ini dikecohkan. Tengok saja lagak Foo Zee Ah yang berani 'menyalak' sana-sini mengikut arahan Tuannya. Bila kena bantai balik ekornya terperosok celah kangkang.

share2