Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 15, 2011

Nasib Kaum Cina dipersimpangan di Sarawak.

Pakar-pakar meramalkan SUPP akan kalah teruk. Malah Presiden parti SUPP,  Dr George Tan akan kalah di kerusi DUN Piasu. Namun sekutu-sekutu DAP yang lain seperti PAS dan PKR mungkin tidak cukup kuat untuk memberi kerusi kepada pembangkang. Kemungkinan besar mereka akan kekal sebagai pembangkang.

DAP berharap Anwar akan dapat merobek beberapa tempat kubu BN diluar bandar. Pembesar-pembesar DAP menurut sesetengah sumber mengelak berkempen dipendalaman. Mereka lebih selesa dibandar kerana majoriti kaum Cina. Jadi Anwar dan PKR ditinggalkan keseorang sementara DAP yang berkeyakinan tinggi menang besar ini lebih 'mind their own business'.

Di sesetengah tempat di Kapit, kehadiran ceramah Anwar menyedihkan. Hanya seramai 120 orang sahaja dan Anwar meninggalkan majlis apabila tuai(ketua) bertanyakan jam omega. Saya yakin PKR tidak dapat sambutan menggalakkan di luar bandar.

Semalam Anwar membuat ceramah di Samariang dan kehadiran serama dua ribu orang. Samariang merupakan kawasan bandar, dan Anwar dapat terus menghasut pengundi muda di bandar-bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

BN akan menang dengan majoriti dua per tiga. Namun SUPP akan terhakis atau terhapus sama sekali dalam PRN ke 10 Sarawak ini. Kaum Cina sebenarnya menghadapi risiko tidak ada wakil mereka dalam kerajaan. Ketua Menteri mungki tidak akan melantik menteri negeri dikalangan kaum Cina.

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 15, 2011 at 10:45 PM

    andai itu berlaku.. molek sangat lah supaya mereka faham bahawa sebab mereka yang tersalah pilih menyebabkan kaum kerabat mereka tiada dalam kepimpinan kabinet.. jangan menyesal kemudian hari apabila ini berlaku.. mereka suka perkauman so kita lakukan kehendak mereka. mereka yang meminta

share2