Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 21, 2011

PKR Bakal Dikebumikan


KUANTAN 20 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota,yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang,hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.

Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya, Ibrahim Sidek; Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan; dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota,Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di sini.

Ibrahim,yang menyertai PKR selama 11 tahun,berkata,keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya,hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja.– Bernama

Memang hancur ler PKR lepas ni. Dah tak ada masa depan nak tawan Pahang. Buat semua penyokong tegar PKR, fikir fikirlah sendiri kemana halatuju PKR sekarang. Dan fikirlah kenapa Anwar Ibrahim sendiri takut nak bagi DNA untuk selesaikan kes liwatnya. Kalau betul dia tak bersalah, mengapa nak perlu takut kan.

PKR dah habis. Hanya menanti masa untuk ditalqinkan

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 21, 2011 at 12:14 PM

    Jika PKR mati tidak lama lagi tidak perlulah di talqinkan kepada parti yang telah terlalu banyak membawa kerosakkan kepada umat Melayu..Biar saja dia mampus dan humban terus kedalam kubur yang tidak bertanda.

share2