Kabinet mengadalan mesyuaratnya di Kuantan, Pahang beberapa hari lalu. Ini pertamakali di lakukan bermesyuarat diluar Putrajaya. Mungkin bukan sengaja PM lakukan ini, tentunya dengan bersebab.
Banyak cakap-cakap bahawa pembangkang akan cuba untuk merobohkan tembok pertahanan BN di Pahang dan seterusnya menguasai negeri Pahang. Sungguhpun cakap-cakap itu tidaklah terlalu menyakinkan namun PM telah mengambil tindakan proaktif dengan merapatkan saf dan benteng pertahanan negeri Pahang. Terutama pula beliau sendiri adalah calon bagi Parlimen Pekan. Andaikan kemungkinan itu berlaku, sudah tentu beliau tidak ingin melihat kekalahan BN di negerinya sendiri.
Kita percaya lawatan menteri-menteri kabinet itu juga bertujuan menunjau dan mencari fomula bagaimana untuk mempertahankan negeri-negeri lain seperti mana yang dilakukan di negeri Pahang ini. Kita amat yakin bahawa pembangkang tidak akan mampu menembusi mana-mana kubu BN khususnya UMNO di Pahang.
Kita juga sedar bahawa sudah banyak yang dilakukan oleh MB Pahang untuk kearah itu. Melalui konvensyen BN baru-baru lalu, saf-saf sudah dirapatkan dan semua jentera BN sudah dikemaskinikan dan telah bersedia untuk melakukan kerja, hanya menunggu 'gendang' atau 'semboyan' perang dibunyikan.
UMNO Pahang didalam keadaan yang sungguh mantap ketika ini disemua peringkat baik bahagian maupun cawanga. Tidak dinafikan bahawa ada sedikit-sedikit suara-suara 'halus' namun itu hanyalah protes terhadap pemimpin tertentu untuk memberikan kesedaran kepada mereka, akhirnya suara itu akan tetap juga bersatu didalam arus BN bagi mencapai kejayaan dalam PRU13 nanti.
Dalam media sosial, kita sudah melihat banyak blog-blog pro kerajaan tumbuh dan jumlahnya melebihi blog pro pembangkang, malahan mereka juga lebih aktif berbanding blog pembangkang yang semakin hari semakin 'muflis. Mungkin blog-blog UMNO masih nampak lemah, namun para pemimpin dalam UMNO Pahang sudah melangkah kehadapan.
Beberapa pemimpin UMNO Pahang sudah memiliki blognya masing-masing. (Klik sini) UMB Pahang pun kelihatan sudah makin aggresif dan aktif. Tidak perlu kita persoal siapa dibelakang semuanya ini, anggaplah ini semua usaha kita bersama. Yang hak akan menerimanya kelak. Pasti ada seseorang yang kuat dan berusaha bersungguh-sungguh kearah mamajukan media sosial di Pahang ini. Kita berikan tabik hormat kepada beliau.
Yang penting, kita mesti bersatu disemua peringkat untuk mempertahankan Pahang dari pembangkang. Bukan setakat mempertahankan apa yang kita sudah ada, bahkan kita mesti berusaha untuk merempas apa yang mereka sudah ambil dari kita sebelum ini. Semuanya pasti dapat dilakukan jika kita semua bersatu hati. Jangan ada yang menikam dari belakang, jangan ada yang cas keting, jangan ada gunting dalam lipatan.
Pahang pasti boleh di bawah YAB Dato Seri Diraja Adnan Haji Yaakob, Menteri Besar yang kita kasihi. Bersamalah kita nyatakan sokongan kita dengan bersatu hati dan menyokong hasrat dan wawasan beliau dalam memperkasakan Pahang menjelang PRU 13 nanti.
0 comments:
Post a Comment