Bukan lah niat nak menyibuk hal ehwal Negeri Orang, tapi ianya realiti. Kenyataan ini perlu diterima.
Cuma sekadar mahu menjelaskan kepada rakyat betapa kejamnya pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terhadap rakyatnya.
Kesian jugak dekat diorang sebab dapat Kerajaan pekak. Apa yang rakyat suarakan semua diorang buat 'dek' je. Macam tak de je kalau rakyat bersuara pun.
Sebab tu pembaca dan juga rakyat Selangor ni bagi komen kat blog Pahang KU ni.
Nak pulak pasal isu perbicaraan ADUN Sri Muda tu. Dah jelas sangat Kerajaan Negeri 'bias' dalam hal ini. Bagi alasan pun macam budak tadika.
Ada ke diorang kata bantuan guaman kepada Shuhaimi Shafiei tu atas sebab prinsip perjuangan diorang kononnya. Katanya ia membuktikan hak kebebasan bersuara.
Dan kata Menteri Besar Selangor tu, ianya dilakukan sebab ADUN Sri Muda tu wakil rakyat. Alahai, kalau tanya rakyat sama ada wajar atau tidak, dah tentu rakyat pun tolak.
Rakyat ke yang suruh dia kutuk dan mempertikai kuasa Sultan dalam blog dia? Bagi la alasan yang munasabah sikit. Dia dah berani buat, biar dia la yang tanggung sendiri.
Nampak sangat sikap diskriminasi terhadap rakyat dan pemimpin berlaku secara terang - terangan di Selangor. Konon mengaku kata diorang memperjuangkan rakyat. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Post a Comment