Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 12, 2011

PAS MENUJU KEHANCURAN





Pas semakin menuju kehancuran. Seperti pengalaman UMNO masa lalu, kekalahan bukan kerana kuatnya musuh tetapi kerana lemahnya UMNO itu sendiri. Sekarang penyakit itu sudah dihadapi oleh Pas sama ada mereka sedar atau tidak tapi inilah yang sedang mereka alami.

Penyakit yang saya maksudkan adalah merasa mereka sentiasa benar dan betul.  Kerana itulah mereka berupaya mengkafirkan orang lain kerana merasakan bahawa merekalah yang sebenar-benar Islam. Mereka adalah dari kalangan yang cintai diri mereka sendiri. Kerana itu juga segala yang mereka lakukan dianggap halal namun dalam keadaan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO mereka anggap itu haram.

Penyakit Pas bertambah parah apabila golongan bawahan tidak mampu lagi menegur pemimpinnya atas apa alasan sekalipun. Sehinggakan pemimpoin mereka sanggup mengangkat diri mereka sendiri ke tahap mana yang mereka inginkan. Bukan sedikit tokoh politik Pas yang menganggap diri mereka ulamak sedangakn meeka hanyalah setaraf dengan 'ularmak'. Berapa ramai pula yang sanggup mengangkat diri menjadi tok guru sedangkan hanya layak menjadi 'tok garu'.

Penyakit yang membunuh Pas sudah lama berkembang biak didalam diri pas sendiri dan mereka hanya menunggu masa untuk dikuburkan.Tulisan blogger dibawah ini ada hubungkait dengan apa yang diperkatakan itu. Baca tulisan Penarik Beca dibawah ini:

Pada 31/8/08 saya menulis posting bertajuk "Thiqah dan wala' candu masyarakat". Pada masa itu, saya menyangka doktrin thiqah dan wala' yang diajarkan oleh para pemimpin PAS telah menjadi candu masyarakat yang merosakkan minda dan pemikiran ahli-ahli dan para penyokong parti itu. Sebenarnya, tak berapa tepat tu.

Sejak enam tujuh bulan lalu baru saya sedar bahawa penyakit sebenarnya ialah sifat 'asabiyyah kepada para pemimpin. Para pemimpin secara tak sedar diangkat ke kategori ma'sum. Tak boleh kata apa langsung. Alasannya, ia akan melemahkan jemaah. Mungkin kalau tak kata apa langsung jemaaah akan kuat, gagah dan Umno boleh melingkup cepat.

Yang agak toleran sikit akan kata, kalau nak tegur kena ikut saluran. Saya dah tulis tentang apa yang didakwa sebagai saluran. Malas nak tulis lagi.

Saya susah nak lupa kata-kata seorang pemimpin PAS kepada saya. Katanya, dia tak takut kalau orang tuduh PAS sesat, menyeleweng. Dia boleh jawab. Tapi, "kalau orang kata PAS pun macam Umno, itu ana tak tau nak jawab"

0 comments:

share2