Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 12, 2011

ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA




Alfatihah!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, diberitakan telah meninggal dunia petang tadi akibat terjatuh didalam bilik air di rumah beliau kira-kira jam 6.30 petang tadi. Beliau dibawa ke Hospital Temerloh dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Berita mengenainya disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said. Sebelum ini, allahyarham telah dirawat di IJN kerana sakit jantung. Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takzim buat seluruh keluarga dan kaum kerabat allahyarham.


0 comments:

share2