Apakah Pas masih perjuangkan Islam kerana mereka nyata kelihatan sebagai ekstremis bahkan mengarak kepada militan. Jika dibiarkan keadaan ini, tidak mustahil anak-anak muda mereka masa kini akan jadi pemberontak seperti di kebanyakan negara arab. Inilah 'buah' dari pohon yang Pas 'tanam' dulu.
Saya sangat tertarik dengan komen seorang hamba allah yang dengan sedarnya dapat membuat perbandingan atau menilai siapa Pas yang sebenarnya. Saya CnP komen beliau dibawah ini untuk tatapan semua:
- hangkedee said...
- "Ambo boleh berkawe dengan syaitan".Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang kena rejam.Syaitan musuh yang nyata tetapi puak juak pas pkr boleh berkawe dengan syaitan.
Kemanakah arah 'Islam Pas' hendak dibawa oleh para pemimpin Pas yang hanya pentingkan kuasa politik dan diri sendiri ini. Kemanakah pula para pengikut Pas yang taksub dan lupa diri ini akan sanggup mengikuti para pemimpin mereka itu?
Ramai yang menganggap bahawa Pas sudah jauh tersesat dan para pengikut pas juga sudah jauh dari pegangan dan ajaran Islam sebenar malahan mereka ada yang menganggap Pas adalah satu pertubuhan atau Parti Politik yang ekstrem dan mempergunakan Islam sebagai tarikannya bagi menindungi kerja-kerja kotor mereka.
Pada zaman dulu kita tidak dapat melihat penyokong Pas mengibarkan bendrera komunis DAP. Kita juga tidak akan temui mereka yang sanggup berbaring ditengah jalan begi menghalang keberangkatan Sultan. Di Tenang dulu kita melihat ada yang menganjurkan doa untuk kemunahan parti lain dari kaum sendiri. Bahkan Nik Aziz pernah menganjurkan doa pecah perut untuk PM kita.
Apakah Tuhan hanya menerima doa mereka saja? Apakah Islam hanya untuk pas saja? Mereka memperlakukan seolah-olah agama Islam hanyalah milik Pas, selain dari Pas bukan Islam. Tidak Islamkah agaknya saudara-saudara kita di negara teluk itu agaknya? Apakah negara Arab bukan negara Islam kerana tidak ada parti Pas disana?
Kini segalanya telah berlaku didepan mata kita dengan jelas. Tanyalah diri kita sendiri, perjuangan Islam apakah yang Pas bawa ini? Tidakkah mereka itu sudah jauh tersesat?