Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 11, 2011

Anwar Ibrahim Ditaja Pengganas Yahudi Zionis?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
 
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.

Sumber: Utusan Malaysia

Sudah tiba masanya kerajaan menahan pasport antarabangsa Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim telah mencipta sejarah negara sebagai seorang tertuduh yang dikaitkan dengan tuduhan liwat di mahkamah dapat keluar negara secara bebas.

Kerajaan perlu menyiasat sumber kewangan dan berapa harta yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim. Selain itu kerajaan perlu menyiasat dengan siapa Anwar Ibrahim berurusan di luar negara. Dan apa urusan yang Anwar buat sebenarnya di luar negara. Ini semua amat penting untuk menjaga keselamatan negara.

Tuduhan Anwar mempunyai kaitan dengan ejen asing bukanlah tuduhan tidak berasas. Ramai yang mengakui termasuk Ezam sendiri. Semua ini tidak mustahil memandang Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang cukup erat dengan golongan pro yahudi Zionis di Amerika Syarikat.

Harap kerajaan dapat membuat sesuatu sebelum masalah ini menjadi semakin teruk. Walaupun apa juga tuduhan yang dibuat oleh Anwar kepada kerajaan, keselamatan negara adalah perkara utama. Oleh itu Anwar Ibrahim perlu ditahan segera sebelum terlambat.

0 comments:

share2