Akhirnya kebenaran terserlah jua. Walaupun Guan Eng menafikan penglibatan beliau dan kerajaan komunisnya tetapi kebenaran tetap kebenaran.
Orang kuat disebalik risalah ini adalah seorang pensyarah yang bernama Janet Pillay. Walaupun bergelar pensyarah tetapi perangainya boleh dikatakan gila. Tapi yang peliknya walaupun dia membuat risalah berkaitan sejarah Balik Pulau tetapi dia sebenarnya adalah orang yang berkaitan kerja seni. Bagaimana orang berkelayakan kesenian boleh terbabit dengan kajian sejarah.
Risalah ini dikeluarkan oleh ARTS ED (klik sini). Organisasi ini juga adalah sebuah pertubuhan kesenian. Pertubuhan ini dibawah SERI ataupun Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute. Dari sini kita sudah tahu mengapa dari mana mereka mendapat dana untuk menerbitkan risalah ini.
SERI ini pula ada kaitan dengan kerajaan negeri DAP. Malah Board Of Directorsnya pula dipenuhi oleh pemimpin pakatan rakyat. Jadi ini sudah menunjukkan bukti bahawa sememangnya risalah ini diterbitkan oleh kerajaan DAP.
Lagi sekali Lim Guan Eng telah berbohong. Tuduhan Guan Eng bahawa risalah ini dibuat oleh kerajaan persekutuan adalah fitnah semata mata. Sekarang apa lagi penjelasan Gun Eng?
0 comments:
Post a Comment