Sebentar tadi kumpulan pertama lebih kurang 700 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir telah tiba dengan selamatnya dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri DS Najib, Isterinya Rosmah Mansor, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa orang menteri kabinet serta para wartawan.
Dijangkakan lebih daripada 2000 keluarga menunggu sejak awal pagi lagi untuk menunggu kepulangan anak tersayang mereka. Alhamdullilah anak-anak mereka sampai dengan selamat berkat usaha kerajaan. DS Najib gembira kerana misi menyelamat ini berjaya.
Beberapa orang pelajar yang ditemuramah oleh RTM dan TV3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyelamatkan mereka, sudah tentu ianya menjadi satu sejarah kerana tiada negara lain yang melaksanakan misi menyelamat seumpama negara kita. Inilah bukti bahawa kerajaan mendahulukan rakyatnya.
Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata "beliau sentiasa mengikuti perkembangan dan memantau dari masa ke semasa keselamatan pelajar Malaysia amnya dan rakyat Pahang khususnya melalui pegawai Yayasan Pahang yang bertugas di sana. Ada ibubapa yang menghubunginya minta tolong kerana anaknya tidak dapat dikesan selama 3 hari, beliau terus meminta pihak di sana menjejaki pelajar tersebut dan ditemui dalam keadaan selamat" katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Perkhidmatan Cemerlang di Perkarangan Wisma Sri Pahang Kuantan.
Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berharap Misi Menyelamat Rakyat Malaysia ini tidak dipolitikkan dan beliau kesal dengan fitnah yang mengatakan bahawa mereka yang dipindahkan dengan kapal tidak dikenakan bayaran manakala mereka yang dipindahkan dengan kapal terbang dikenakan bayaran sedangkan Kerajaan Malaysia menanggung semua kos perpindahan tersebut. Adnan berharap kita semua tidak mudah percaya dengan fitnah yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob juga berharap rakyat Malaysia hargailah nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini serta ambil iktibar dengan apa yang berlaku di dua buah negara Timur Tengah. Kita bersyukur kerana pemerintahan kita berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan berbeza dengan kebanyakan negara Timur Tengah yang berasaskan tentera.
Terima Kasih Kerajaan Malaysia kerana melaksanakan Misi Menyelamat dalam masa yang cukup singkat dan terpaksa hadapi pelbagai rintangan. Kita sebagai rakyat Malaysia tumpang kegembiraan kerana anak Malaysia selamat pulang ke Tanah Air. Nabi SAW bersabda : "Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada manusia." (Riwayat Tarmizi dan Abu Dawud).
0 comments:
Post a Comment