Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 23, 2011

Masyarakat Orang Asli Tidak Lupa Kezaliman PAS

Masyarakat Orang Asli di pedalaman daerah ini diingatkan supaya tidak terpedaya dan terperangkap dengan janji manis pihak pembangkang kerana ia ditaburkan semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Orang Asli perlu bijak menilai janji-janji tersebut sama ada palsu bagi kepentingan politik parti terbabit atau mempunyai keupayaan untuk memerintah dan mengubah nasib golongan itu.
Tambah beliau, Orang Asli tidak seharusnya mudah terpedaya kerana pembangkang yang mentadbir beberapa buah negeri dilihat tidak berupaya menunaikan janji dibuat semasa kempen pilihan raya umum lalu.
''Bagi mengelakkan diperalat dan tertipu, kita (Orang Asli) perlu menyiasat serta periksa terlebih dahulu segala janji ditaburkan itu bagi mengetahui keadaan sebenarnya," katanya. Utusan Malaysia

Orang asli sekarang tidak lagi seperti dahulu yang boleh ditemberang sebarangan. Orang asli sekarang sudah tahu permainan politik pembangkang terutamanya puak PAS. Bagaimana saudara mereka dianiaya di Lojing, oleh Nik Aziz and the geng. Semua itu dijadikan pengajaran.
Oleh itu jangan haraplah puak PAS akan mendapat sokongan daripada masyarakat orang asli Pahang. Mereka tidak menyerahkan batang leher untuk disembelih oleh puak PAS.

0 comments:

share2