Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 2, 2011

Mangsa Banjir Meningkat

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat daripada 1,941 orang kepada 2,081 orang. Daerah yang paling ramai dipindahkan adalah daerah Rompin iaitu iaitu seramai 1,783 orang daripada 231 keluarga selepas lima perkampungan dilanda banjir.

Lima penempatan berkenaan ialah di Bukit Serok dengan seramai 1,514 orang diikuti Kampung Rekoh (168), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (83), Kampung Aur (12) dan Kampung Lubuk Batu (6).  Daerah Temerloh pula, membabitkan 298 mangsa daripada 83 keluarga selepas lima penempatan dilanda banjir iaitu Kampung Kampung Batu Kapor (159), Kampung Batu Kapor Bawah (46), Kampung Insaf (83), Kampung Sempadan (7) dan Kampung Rantau Panjang (3).

Selain itu, beberapa laluan turut ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Kampung Inoi, Jalan Kampung Baru Bukit Ibam, Jambatan Sungai Gayong Kedaik, Jambatan Tanjung Kerayong Mentakab dan Jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.

Kesemua mangsa banjir telah diberikan bantuan sewajarnya oleh pihak kerajaan. Setakat ini masih tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Pahang.

0 comments:

share2