Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 2, 2011

Kerajaan Malaysia Lancarkan Rancangan Menyelamat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.



Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

Untuk maklumat lanjut boleh klik sini

Sementara itu ratusan ribu penunjuk perasaan semalam membanjiri Kaherah dan bandar kedua terbesar Mesir, Iskandariah, dalam gerakan paling hebat untuk menyuarakan kemarahan mereka dalam usaha menggulingkan rejim Presiden Hosni Mubarak.


Ketika kerajaan negara asing bergegas untuk memindahkan warga masing-masing dari Kaherah, pembangkang berkata, ia tidak akan berunding dengan Hosni.

Sementara itu, Mohamed ElBaradei, yang dianggap pemimpin penunjuk perasaan anti rejim Hosni, berkata, Jumaat sudah ditetapkan sebagai ‘hari pemergian Hosni.

0 comments:

share2