Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 4, 2011

Kos Membela Suhaimie Akan Gunakan Duit Kerajaan Negeri?

Malaysia Kini melaporkan, MB Selangor membuat kenyataan akan menggunakan duit kerajaan negeri bagi membela kes ADUN Seri Muda, Suhaimie Shafiei yang akan didakwa bawah Akta Hasutan. ADUN berkenaan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa kerana menulis dan mengkritik baginda Sultan Selangor dalam blognya berkaitan perlantikkan SUK Kerajaan Negeri. Beliau mengkritik Sultan kerana menerima perlantikkan pusat kerana menurut pandangan mereka kuasa sepatutnya  pada MB.

Puak Pakatan Rakyat nampaknya tidak faham konsep Raja Berpelembagaan. Secara teori. sesebuah negeri yang berdaulay diperintah oleh Sultan. Oleh kerana konsep Raja Berpelembagaan, Sultan akan melantik seorang Ketua Eksekutif sebagai pentadbiran harian bagi pihak Sultan untuk menangani masalah rakyat dan negeri. Dalam negara demokrasi, MB akan dilantik dari kalangan parti yang menang banyak kerusi DUN.

Namun MB sepatutnya menjadi penasihat dan orang yang melindungi sultan. Sebaliknya dalam kes Sultan Selangor, MB pula lebih membela ADUN dari PKR yang telah celupar mengkritik Sultan dalam blognya. Malah MB berkenaan tanpa segan silu mengumumkan ADUN berkenaan akan dibela dengan duit kerajaan negeri. Jika dengan duit parti, kita tidak hairan tetapi di sini duit kerajaan negeri yang terlibat.

Kita setuju dengan blog Big Dog Com yang menuntut Khalid Ibrahim sepatutnya didakwa sama. Beliau gagal sebagao 'bendahara' menasihati sultan dengan baik, dan mengawal anak buahnya dari derhaka.

0 comments:

share2