Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 4, 2011

AHLI PARLIMEN KUANTAN TIDAK BERI KHIDMAT HARUS KOSONGKAN KERUSI



Kebelakangan ini banyak rungutan yang didengari mengenai Ahli Parlimen Kuantan, YB. Fuziah Salleh. Dari cakap-cakap yang kita dengar, banyak penduduk dalam parlimen Kuantan kesal dan kecewa kerana wakil rakyat berkenaan tidak mempu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan. Mana janji-janjinya semasa kempen pilihanraya dulu? Mana keadilan dan perjuangan untuk rakyat yang dilaung-laungkan? Nyata bahawa janji-janji mereka hanya janji kosong semata-mata dan rakyat ditipu begitu saja.

Bolehkah kita yakini janjinya kerana beliau diberitakan sebagai orang Johor dan berkampong halaman (punyai rumah di Selangor). Kerana itu beliau jarang-jarang ada dikawasan parlimennya kerana pergi bersembunyi di Selangor. Mungkin kelibatnya juga susah untuk ditemua kebelakangan ini kerana sudah tentu beliau akan menyibukkan dirinya di DUN Tenang membantu memporak-perandakan bangsa Melayu.

Setelah beberapa tahun parlimen Kuantan di bawah kekuasaan PKR, kita rakyat sudah sedar dan dapat menilai apa yang mampu mereka lakukan selain dari memburukkan kerajaan dan menyebarkan fitnah semata-mata. Justru, pada PRU akan datang kita mesti pastikan YB Fauziah dihalau dari Parlimen Kuantan.

Mungkin rakyat dan pengundi Parlimen Kuantan perlu menghantar memorandum kepada YB Fauziah supaya mematuhi segala janji-janjinya dan menjalankan khidmatnya dengan dedikasi ataupun beliau harus didesak mengosongkan kerusi parlimen berkanaan serta merta.

3 comments:

  • Anonymous says:
    January 3, 2011 at 4:31 PM

    Jenuh saya dah dengar rintahan pengundi di Parlimen kuantan, Menyesal yang amat... menyesal kerana tidak menyokong BN ari tu. Beri undi tu pun kerana nak marah pada masa itu, tetapi bukan ahli PKR atau pun PAS.

    Ada MP pun serupa tak ada, mcm hantu rasa.... tetapi dia memang hantu pun, hantu meracun, pandai bodek dan janji manis. habuk tak ada.

  • Semut Hitam says:
    January 3, 2011 at 6:15 PM

    DIA DENGAN AZAN ISMAIL TU PUN SAMA...DUA KALI LIMA...JADI PAK HANGGUK JE YANG MEREKA TAHU...

  • Anonymous says:
    January 4, 2011 at 10:01 PM

    Apa disalahkan kepada yang menang patut disalahkan kepada yang memberi dia menang. Itu sepatutnya..

share2