Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 30, 2010

GAGAL MEMAHAMI USAHA DAKWAH

...Dia Tak Tengok Ke Makcik - Makcik Tu Pakai Apa???...

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Sebelum ini, PAS kata DAP sudah faham tentang Islam. Malah mereka menyeru agar usaha dakwah Islam dipanjangkan kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Tetapi dalam isu ini, jelas kelihatan bahawa saranan mereka itu hanya dari segi lahiriah sahaja. Jelas mereka gagal dari segi praktikalnya.

Isu terhangat hari ini ialah mengenai pemakaian baju ketat yang dikenakan oleh Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di perkarangan Masjid di Cheras.

Ianya jelas bukan isu pantang larang Masjid, tetapi isunya moral dan pemahaman adap sopan dikalangan umat Islam serta bukan Islam.

Seperti isu yang turut melibatkan beliau sebelum ini. Isunya bukan soal pakaian, tetapi adap dan tingkah laku terhadap agama lain.

Sewajarnya beliau sendiri sudah tahu dan sedia maklum tentang cara pemakaian seorang muslim. Maka mengapa beliau tidak mahu mengambil pendekatan tersebut?

Sebagai contoh, Aktres Hollywood, Angelina Jolie yang pernah mengunjungi Negara Islam Pakistan mengenakan pakaian labuh serta bertutup kepala ketika memasuki Negara tersebut.

Jelas membuktikan tindakan itu menunjukkan bahawa Angelina sangat sensitif terhadap perkara sedemikian.

Yang peliknya, si Teo ini dikelilingi oleh rakyat dan masyarakat beragama Islam. Bukan susah sangat beliau nak memahami perkara semudah itu.

Apa salahnya dia hadir ke program tersebut dengan memakai baju berlengan panjang? Susah sangat ke?

Tindakan beliau mempertikaikan Utusan Malaysia juga satu langkah yang tidak munasabah. Malah ia turut bercanggah dengan saranan PAS sebelum ini.

Tidakkah beliau melihat tindakan Utusan itu hanya untuk mentarbiahkan masyarakat bukan Islam dan berdakwah kepada mereka?

Seperti yang pernah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang mahukan pemain bolasepak Negeri mengenakan pakaian menutup aurat. Salahkah saranan tersebut?

PK.

3 comments:

  • fre da says:
    December 31, 2010 at 12:09 AM

    salam 1 malaysia.salam sdr aku.pahangku...
    seorang cina tidak akan tunduk kepada melayu dari segi angkunhnya,
    dari segi pahamannya dan adapnya...biar macamanapun mereka yang mahu kita ikut dia orang..namun yang melayu ini ....yang jenis kelas apa...tidak pernah ambik tau hal ini....malah berbangga memijak kepala bangsa sendiri...

  • Helang Buana says:
    December 31, 2010 at 12:49 AM

    MOHON DI LINK KAN BLOG SAYA
    TERIMA KASIH

  • bRAVEhEART says:
    December 31, 2010 at 6:42 PM

    Salam gelombang rakyat dan laksamana jebat, blog sudah pun dilinkkan di link blogger nasionalis

share2