Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 28, 2010

Adakah UMNO Sudah Bersedia?



Semalam Pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO disetiap negeri telah diumumkan. Ada yang ditukar dan ada juga yang tidak. Malah jawatan di negeri Kedah, Pulau Pianang dan Terengganu sudah diserahkan semula kepada anak jati negeri terbabit.

Apabila DS Najib membuat penukaran ini, ini memberi isyarat PRU juga semakin hampir. Kata kata atas angin yang mengatakan PRU akan diadakan tahun hadapan juga mungkin adalah benar. Cuma belum dipastikan bila. Mungkin hujung tahun, mungkin pertengahan tahun.

Walaupun DS Najib sudah membuat perubahan, tetapi keadaan dalaman UMNO terutama dinegeri Kedah, Terengganu dan Perlis masih belum diselesaikan sepenuhnya. Masih ada pihak yang tidak berpuas hati. Mereka inilah yang membuatkan UMNO lemah dari dalam.

Jika tidak mahu UMNO dikebumikan menjelang PRU akan datang, semua pihak haruslah berubah. Jangan hanya orang bawah diarah berubah sedangkan ketua diatas masih berperangai jahiliyah. Semua pihak harus bekerjasama dan jangan menikam belakang antara satu sama lain. 

Jadikanlah pengumuman penukaran barisan kepimpinan UMNO negeri sebagai ini sebagai langkah pemulaan untuk memastikan UMNO terus menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. UMNO pasti boleh membawa rakyat kearah kebaikan.

2 comments:

  • Anonymous says:
    December 28, 2010 at 12:05 PM

    Assalamualaikum wbt.
    Salam 1Malaysia,

    1. Tahniah kepada pahang-ku kerana berjaya membina satu lagi jaringan sosial untuk media alternatif.

    2. Tahniah juga kepada YAB DSD MB Pahang dan YB Dato' Shakar yang kekal menerajui Pahang.

    3. Tolonglah tengok2 sama apa2 permasalahan disemua bahagian UMNO di Pahang.

    4. Dalam kes kepimpinan UMNO di Pahang ni ada beberapa bahagian yang masih mengalamai masalah kepimpinan akibat pemilihan yang lalu.

    5. Ada wakil rakyat yang kalah terus tidak mempedulikan UMNO Bahagian. Wakil rakyat ini menggunakan peruntukannya hanya untuk mempopulis/promosi diri sendiri aje.... targetnya untuk strategi/menang dalam pemilihan akan datang.

    6. Kepada wakil rakyat yang kalah ini (DUN/Parlimen) UMNO Bahagian adalah merupakan saingan politik picisan.

    Jika masalah ini masih tidak dapat dikesan dan diselesai... takut2 kesannya kepada PRU13 nanti yang menerima akibat.

    Warisan

  • Pink Ants says:
    December 28, 2010 at 6:27 PM

    setuju dgn Warisan..wakil rakyat dan umno bahagian mesti bergerak seiringan jika kita mahu melihat lagi kejayaan dlm PRU akan datang. Yang penting adalah best interest of the party.

share2