SINGAPURA - Seorang wanita berusia 35 tahun ditahan Khamis lepas selepas ibu bapa mengadu bayi mereka menjadi tidak bermaya selepas dihantar ke rumah suspek.
Menurut laporan The Straits Times, seorang bapa mengatakan bayinya yang berusia 11 bulan terpaksa dirawat di hospital selepas dijaga pengasuh tersebut selama lapan jam.
Sebelum ini, pengasuh tersebut membuat iklan asuhan di Facebook dan mengatakan dirinya seorang bekas jururawat.
"Anak saya kelihatan tidak bermaya, cepat marah dan tak boleh duduk tegak," kata bapa mangsa dipetik laporan The Strait Times.
Susulan itu, dua laporan polis dibuat dan polis menyerbu rumah pengasuh terbabit.
Dalam serbuan tersebut, polis juga merampas pelbagai jenis ubat termasuk campuran ubat batuk dari rumah pengasuh berkenaan.
0 comments:
Post a Comment