Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 29, 2020

HINA AGONG: BUKIT AMAN TAHAN ADUN SUNGAI PELEK UNTUK AMBIL KETERANGAN






Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior
Faridalathrash Wahid berkata ADUN itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi semalam.

“Ronnie Liu ditahan kira-kira 10.40 pagi tadi untuk memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes memuat naik status di media sosial dilakukannya berkait Yang di-Pertuan Agong.

“Dia akan dibebaskan selepas keterangannya dirakam,”.

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sebagai berkata Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi media sosial.

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook yang dibaca: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King”.

Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu.

0 comments:

share2