Projek anjuran sukarelawan dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka berjaya menyiapkan pusat jualan ikan segar serta aktiviti riadah di Pantai Cempaka, Kuantan hujung tahun ini.
Projek dikenali sebagai ‘My Hope’ bermula tahun lalu
dijangka dapat mecapai sasaran mereka membuka pusat julan ikan segar di kawasan
perkelahan yang juga merupakan tempat nelayan tempatan menaikkan hasil
tangkapan mereka.
ADUN Inderapura Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif menyempurnakan
program penyerahan cek yang disampaikan
oleh Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM Prof. Dr. Mohd Roslan
Sulaiman kepada wakil penduduk kampong di Pantai Chempaka.
Jumlah sumbangan CSR
syarikat swasta berjumlah hampir RM140 ribu yang dijangka menyiapkan pembinaan
sebuah kawasan jualan ikan segar, gerai
makanan, sebuah surau serta kawasan permainan kanak-kanak.
Lebih 50 pelajar UPM terbabit dalam projek ‘My Hope’ di
Pantai Cempaka bertujuan membantu golongan asnaf di sini meningkatkan ekonomi mereka.
Jabatan Pertanian juga terlibat dalam projek ini dengan
memberi khidmat nasihat kepada penduduk yang berminat dengan tanaman di kawasan
rumah serta menyediakan anak benih buluh
madu yang sesuai ditanam di kawasan ini untuk menghasilkan rebung berkuali
tinggi.
0 comments:
Post a Comment