Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 30, 2020

PRK SLIM : KEMENANGAN BUKTI PERMUAFAKATAN – MOHD ZAIDI

 

                                                           


TANJUNG MALIM  -- Mohd Zaidi Aziz menyifatkan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini sebagai bukti permuafakatan antara parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

Mohd Zaidi, 43, berkata rangka kerja serta semangat bekerjasama antara parti ketika 14 hari tempoh berkempen membuahkan hasil sehingga beliau memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

 

"Hasilnya terbukti dengan kekuatan, kejituan, kerjasama dan semangat toleransi sehingga berjaya kekal menang dengan majoriti besar malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan PRK berkenaan di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, malam ini.

 

 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu menang dengan majoriti 10,945 undi setelah memperoleh 13,060 undi, menewaskan pencabarnya dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang meraih 2,115 undi dan bekas guru S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi.

 

Sambil melahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu, Mohd Zaidi turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN), PAS dan Bersatu dalam membantu kempennya.

 

Mohd Zaidi turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di DUN berkenaan dan ahli keluarga beliau yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya.

 

Sementara itu, calon Bebas S. Santhasekaran berkata PRK ini menjadi langkah pertama beliau sebelum memasuki gelanggang politik pada PRU-15 nanti.

 

“Dan PRU15 tidak lama lagi saya akan bertanding juga, mungkin untuk Parlimen, kita akan lihatlah kekuatan saya di mana nanti,” katanya.

 

SUMBER -- BERNAMA

0 comments:

share2