TANJUNG MALIM, 22 Ogos – Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk
Seri Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli UMNO untuk meredakan apa-apa
perbalahan dalam bangsa Melayu kerana perkara tersebut merugikan apatah lagi
fokus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu mengelakkan pertandingan tiga
penjuru.
Katanya, apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat untuk bersama-sama tentulah
sebagai pemimpin yang berjiwa besar iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengundang mereka
untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).
“Kita tidak mahu Dap memerintah semula. Kekuatan Dap ini
ialah kepada perpecahan Melayu. Dap tidak ada sebarang kekuatan jika Melayu
berpadu dan Melayu ingin bersatu dalam MN. Jadi kita perlu rasional dan
menerima segalanya,” tegasnya.
Jelas, beliau memahami bahawa kesan dan luka pada ahli-ahli
UMNO begitu mendalam apabila ramai pimpinan UMNO yang melompat ke PPBM dan ia
cukup berbeza dengan luka perbalahan dengan PAS.
“Saya tahu kesan luka antara UMNO dan PPBM belum sembuh,
tetapi kita sudah banyak luka dengan PAS sebelum ini dan kita sembuhkan
luka-luka itu. Akhirnya kita menamatkan perbalahan lebih 60 tahun.
“Jika masyarakat Melayu dan bangsa Melayu serta Bumiputra
Islam berpecah, kita akan kalah dari sudut politik sudahlah kalah pada sudut
ekonomi. Jadi inilah peluang yang terbaik untuk kita menyatu-padukan
parti-parti politik Melayu yang tidak suka pada Dap,” katanya kepada UMNO
Online, di sini.
Justeru, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengharapkan
agar sentimen perperpecahan dapat dihindarkan demi kemenangan pada PRU-15.
“Saya ingin menyeru kepada ahli-ahli UMNO, sentimen
perbalahan politik cuba kita redakan antara UMNO dengan PPBM ini. Saya faham
bahawa begitu begini dinyatakan tetapi kalau kita berbalah dan berlaku tiga
penjuru dalam PRU-15 yang akan memberi peluang kepada pihak musuh sedangkan
kita mahukan kemenangan,” katanya lagi.
SUMBER – UMNO Online
0 comments:
Post a Comment