KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan
Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza
Shamsuddin berpandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui
mesti diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
Ini kerana katanya, tindakan wakil rakyat Dap itu jelas
secara tidak langsung menghasut orang lain mempercayai bahawa tulisan Jawi
adalah rasis dan menyusahkan.
“Agaknya kenapa ADUN Tras (Dap) ni marah sangat dengan
tulisan Jawi? Siap ‘challenge’ (cabar) di mahkamah tentang arahan Kerajaan
Negeri Pahang untuk letak tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan.
“Bukan dia tak tahu yang tulisan Jawi tu sebahagian dari
Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan seperti termaktub di Perlembagaan.
“Bukan dia tak ‘reti’, tapi sengaja buat tak ‘reti’. Sebab
apa? Sebab nak tunjuk konon kita rasis bila kita pertahankan,” tegasnya dalam
satu hantaran di Facebook.
Tambah Shahaniza yang juga ADUN Kuala Sentul, Bahasa Melayu
termasuk tulisan Jawi sepatutnya menjadi bahasa dan tulisan yang menyatupadukan
rakyat.
“Semua warganegara mesti fasih berbahasa Melayu dan memahami
tulisan Jawi. Namun, kita selama ini tidak pernah mengambil sebarang tindakan
kepada mereka yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu atas dasar toleransi
kaum demi jaga keharmonian bersama,” katanya.
Ulasnya lagi, mungkin juga tindakan tersebut merupakan satu
cara Dap mahu mencari publisiti.
“Apapun, strateginya, tindakan tersebut ternyata mencabar
bukan sahaja kedudukan Bahasa Melayu (yang mana tulisan Jawi adalah sebahagian
darinya) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tetapi juga memperlekeh dan
memperlecehkan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang mahu
tulisan jawi diperkasakan di negeri ini,” ujar Ketua UMNO Bahagian Maran itu
.
SUMBER – UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment