KUANTAN, 15 JULAI 2020 – Mangsa banjir di Daerah Lipis terus
mencatatkan peningkatan sehingga 400 orang daripada 104 keluarga.
Keadaan ini menyebabkan sebuah lagi Pusat Pemindahan
Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir yang terlibat.
Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), sehingga jam 10.37 pagi tadi, kesemua mangsa telah dipindahkan ke
Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah dan Balora Aur Gading.
Difahamkan kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang
bermula sejak beberapa lalu dan pihak berkuasa telah memindahkan kesemua
penduduk kampung terlibat ke PPS berdekatan.
Kesemua penduduk terlibat banjir juga telah memberi bantuan
bekalan makanan basah, selimut, bantal dan keperluan lain yang turut dibantu
pihak pengurusan komuniti kampung.
Semalam menerusi laman Facebook Ahli Dewan Negeri (ADN)
Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Long berkata, banjir ini berpunca daripada
limpahan air Sungai Berhamah dan Sungai Merapoh ke Sungai Tanum ekoran hujan
lebat sejak beberapa hari lalu.
SUMBER – PAHANGMEDIA
Keadaan banjir di Lipis (Gambar ihsan bomba).
0 comments:
Post a Comment