MARAN
- Seandainya tokoh kampung ini ibarat sang harimau sudah tentu belangnya akan
dikenang orang dan namanya disebut-sebut apabila sudah tiada di dunia fana ini.
Itulah
kriteria hebat pemimpin Kampung Anggerik Jengka 1, Mohd Akhir Awang,63, yang
sudah sampai titik noktah untuk menabur jasa kepada masyarakat yang
dipimpinnya.
Mohd
Akhir menghembuskan nafas terakhir pagi kelmarin di sisi anak dan isterinya
selepas menderita strok sejak lima bulan lalu.
Allahyarham
yang berasal dari Kampung Pulau Tawar dilantik menjadi Ketua Kampung Felda
Jengka 1 selama hampir 30 tahun sehinggalah meninggalkan banyak legasi dan
jasanya kepada penduduk.
Antara
sikap Allahyarham Mohd Akhir ialah dia sentiasa berterus terang dalam
menyuarakan pendapat berkaitan dengan kepentingan masyarakat Felda.
Walaupun
mungkin ada yang tersinggung dengan sikap berterus terang allahyarham tetapi
pada hakikat banyak isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan lebih cepat.
Allahyarham
pernah berkata kepada penulis bahawa kita sebagai pemimpin akar umbi perlu
berani dan tegas dalam menyuarakan pendapat.
Ini
kerana ujarnya, suara tegas dan berfakta lebih mudah mendapat respon pegawai
sesuatu agensi berbanding nada ihsan dan lembut mungkin tidak sesuai dengan
situasi.
Exco
Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin ketika berziarah ke rumah Allahyarham
berkata, masyarakat tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan Mohd Akhir dalam
tempoh hampir 30 tahun sebagai ketua kampung.
"Mohd
Akhir bukan sahaja aktif dalam bidang kemasyarakatan tetapi juga dalam politik
UMNO dan penyokong kuat kerajaan dari dulu kini dan selamanya," katanya.
Bagi
Pemangku Ketua kampung Jengka 1, Abdullah Ani,64, seluruh masyarakat Felda
khususnya Jengka 1 terhutang budi terhadap jasa Allahyarham Mohd Akhir Awang
ketika berkhidmat.
Menurutnya,
Allahyarham Mohd Akhir adalah pemimpin ketiga di tanah rancangan itu selepas
Mohd Nen Kasim dan Allahyarham Bakar Isa yang berkhidmat cemerlang berbakti
kepada penduduk Jengka 1.
Dalam
pada itu, Ketua Kampung Felda Ulu Jempol Idris Shah Musa,60, berkata, Felda
Anggerik Jengka 1 adalah rancangan pertama daripada 37 rancangan menjadi model
kepada rancangan baru.
"Pemimpin
di tanah rancangan itu termasuk Mohd Akhir telah berjaya membina sebuah
masyarakat peneroka yang makmur, maju dan bersyukur," katanya.
Disamping
itu Mohd Akhir sering menggunakan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia
ketika itu untuk menyuarakan pelbagai isu khususnya berkaitan kepentingan
Felda,"katanya.
Sementara
itu, Ketua kampung Kuala Sentol, Mohd Asri Mat Piah,57, mengakui tahap
kepimpinan Mohd Akhir boleh dijadikan contoh kepada orang lain untuk
memakmurkan kampung dan rancangan.
Ini
kerana ujarnya, Mohd Akhir sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua
peringkat umur di tanah rancangan, pegawai Felda dan guru-guru sekolah.
"Mohd
Akhir antara pemimpin akar umbi memegang banyak jawatan seperti pengerusi PIBG
SK (LKTP) Jengka Satu, Pengerusi PIBG SMK Jengka 10 dan Ketua UMNO Cawangan
Jengka 1 ( B),"ujarnya.
OLEH
: Salehudin Mat Rasad
SUMBER: PAHANG STORY
0 comments:
Post a Comment