KUANTAN: Kerajaan Pahang melanjutkan tempoh bayaran cukai
tanah tahun ini daripada tarikh akhir 31 Mei kepada 31 Julai depan.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang memaklumkan,
kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah pada
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), 20 Mei lalu.
"Bayaran cukai tanah tahun ini bagi semua hak milik
tanah di Pahang, dilanjutkan hingga 31 Julai depan. Denda lewat hanya akan
dikenakan mulai 1 Ogos depan.
"Pelanjutan tempoh bayaran cukai tanah ini diharapkan
memberi masa mencukupi untuk semua pemilik tanah menjelaskan cukai tanah
sepenuhnya pada 2020," katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook
PTG Pahang.
.
0 comments:
Post a Comment