\
KUALA LUMPUR, 15 Mei – UMNO lahir dari sifat untuk
berkhidmat kepada rakyat dan sifat tersebut terus ada dalam parti sama ada UMNO
selaku kerajaan, menjadi pembangkang atau sebahagian daripada kerajaan
sebagaimana hari ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli merangkap Ahli
Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Katanya, rasa sayang, sentiasa menghargai dan ingin membantu
rakyat adalah teras yang telah wujud dalam UMNO sejak sekian lama dan ia kekal
demikian biarpun parti menjadi pembangkang tetapi khidmat kepada rakyat tetap
diteruskan.
“UMNO dah jadi sebahagian dari kerajaan hari ini dan setiap
keputusan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpinya bersandarkan kepada membantu
rakyat. Hari ini COVID-19 memberi kesan yang cukup besar kepada semua sektor
tapi kita yakin kerajaan hari ini akan dapat membantu rakyat dengan cukup baik.
Kita mendapat sokongan dari semua pihak.
“Walaupun nampak kesannya kecil tapi besar kepada industri
sebagaimana di TNB apabila misalnya kita tak ambil tindakan memotong bekalan
elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana inilah yang saya
lihat sebagai keprihatinan untuk membantu rakyat diketika rakyat memerlukan.
“Apa guna kita menjadi kerajaan jika tidak membantu rakyat
kerana rakyat mengangkat satu-satu kerajaan itu untuk membantu mereka… waktu
kita susah rakyat menyokong kita dan waktu kita baru berkuasa maka kita harus
bersama rakyat dan saya yakin bukan hanya di kementerin saya tapi juga
kementerian-kementerian lain,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi segmen Wawancara Khas
sempena Hari UMNO ke-74 tahun yang disiarkan secara langsung menerusi facebook
UMNO-Online, malam tadi.
Ujarnya, kerajaan hari ini sentisa memikirkan apakah
perkara-perkara yang boleh memudahkan urusan-urusan rakyat agar keadaan segera
pulih dan rakyat dapat keluar dari kebimbangan.
“Walaupun keputusan kecil tapi ia sebenarnya penting dan
memberi kesan kepada rakyat. Memang tentunya keputusan yang dibuat itu tak akan
dapat membantu menyelesaikan 100 peratus masalah rakyat tetapi setidak-tidaknya
tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat.
“Itulah yang lahir dan ada dalam UMNO… untuk ada rasa cinta
kepada rakyat, sayang kepada rakyat, menghargai jasa rakyat yang sentiasa
menyokong kita maka kita pulangkan kembali dengan berkhidmat dan membantu
rakyat yang sedang susah.”
Dalam perkara yang lain, beliau membidas dakwaan segelintir
pihak khususnya Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa kerajaan hari ini tidak sah
atau tidak demokratik.
“Kerajaan yang dibina hari ini mengikut lunas-lunas
undang-undang. Dakwaan yang berkata kerajaan hari ini tidak sah atau tidak
demokratik adalah sama sekali tidak benar kerana apa yang berlaku ada prosesnya
dan pembentukan kerajaan berlangsung dengan sah.
“Sekiranya mereka masih terus-terusan menuduh maknanya
mereka mempertikaikan apa yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong. Baginda sendiri
pun melakukan berlandaskan Perlembagaan negara, jadi tidak ada isu berkaitan
hal tersebut.”
Mengulas berkaitan kerajaan hari ini, jelasnya beliau
mendapat respon yang cukup baik dari rakyat.
“Rakyat memberi respon yang positif apatah lagi berkaitan
isu kewangan dan ekonomi. Misalnya bagaimana Menteri Kewangan dahulu mengatakan
tidak ada wang, negara nak muflis, tak dapat beri pada rakyat sedangkan
realitinya tidak begitu sebagaimana yang kerajaan hari ini lakukan.
“Sebenarnya kerajaan PH sendiri ketika itu tidak ada
keinginan atau kesungguhan untuk membantu rakyat, maka tak ada apa-apa bantuan
kepada rakyat dan ini berbeza dengan kerajaan hari ini yang terdiri dari
pemimpin-pemimpin bahawa rakyat mesti dibantu.
“Apabila satu-satu kerajaan itu gagal membantu rakyat
maknanya mereka tidak bertanggungjawab dan mengabaikan rakyat yang telah
mengangkat mereka sedangkan rakyat mengharapkan keadaan tersebut,” tegasnya
lagi.
SUMBER – UMNO Online
0 comments:
Post a Comment