KUANTAN - Umat Islam di negeri ini boleh membayar zakat
fitrah melalui khidmat amil yang dilantik majlis Ugama Islam dan Adat resam
Maelayu Pahang (MUIP) atau di kaunter yang disediakan sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.
Kaedah itu diperkenankan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua MUIP.
MUIP dalam satu kenyataannya mengumumkan perkara itu
diputuskan selepas mendapat nasihat serta diperhalusi oleh Majlis Tindakan
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan Prosedur Operasi
Standard (SOP norma baharu kutipan zakat fitrah menerusi amil yang dilantik
atau di kaunter ketika tempoh PKPB berlangsung.
Menurut kenyataan itu, amil dan orang ramai yang mahu
menunaikan zakat fitrah perlu mematuhi garis panduan yang telah disediakan.
0 comments:
Post a Comment