PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi
bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan 2 minggu lalu
menampakkan hasil dalam memutuskan rantaian Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
perkiraan itu dibuat berdasarkan graf jumlah positif Covid-19 yang mendatar dan
tidak menunjukkan peningkatan mendadak.
Katanya, trajektori jumlah kes positif Covid-19 yang
direkodkan adalah lebih rendah daripada yang diunjurkan Institut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia (MIER) yang meramalkan kenaikan mendadak berterusan dalam
bilangan kes baru, namun sebaliknya berlaku.
“Tindakan kita untuk tempoh 2 minggu dalam fasa pertama PKP
kita lihat kes (positif) tidak naik secara mendadak tapi mendatar, jadi nampak
daripada graf itu ada kejayaan ataupun tanda-tanda awal dalam kita melaksanakan
PKP.
“Jadi kita harap, fasa ke-2, kita dapat pertingkat strategi
dan aktiviti kita terutamanya di kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti dan kalau
ada kes naik mendadak di kawasan tersebut kita akan laksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD),
“Kemudian kita akan saring semua orang dan akan asingkan
mereka untuk dirawat,” katanya semasa sidang media di KKM hari ini ketika
ditanya adakah fasa pertama PKP berjaya.
Noor Hisham bagaimanapun memaklumkan, masih terlalu awal
untuk membuat kesimpulan jangkitan Covid-19 dapat dikawal dengan sepenuhnya,
kerana fasa 2 PKP ini memerlukan kepatuhan rakyat sangat tinggi bagi memastikan
wabak tidak terus menular.
“Apa yang penting, setiap kita kena perketat amalan, duduk
di rumah, kerap basuh tangan dan amalkan jarak 1 meter.
“Kalau kita boleh terus laksanakan itu, kita boleh bawa
kejayaan, ramai yang mula terkesan dengan Covid-19 dengan berlaku perubahan
tingkah laku, termasuk tidak bersalam, ini amalan kita sekarang,” katanya
sambil berharap graf jangkitan baru dapat dikurangkan dalam tempoh 2 minggu
terakhir PKP.
Terbaru, 2 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini,
menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia seramai 45 orang.
Sebanyak 142 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini
berbanding 140 semalam dan jumlah positif setiap hari mendatar menjadikan
jumlah mangsa 2,908 orang sehingga kini.
Dalam pada itu, seramai 108 mangsa jangkitan Covid-19 pulih
dan dibenarkan keluar wad hari ini, yang tertinggi dalam sehari setakat ini,
menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 645 orang sehingga kini.
Fasa ke-2 PKP bermula hari ini dan berakhir pada 14 April
depan.
Sebanyak 3 kawasan dikenakan perintah PKPD iaitu di Simpang
Renggam, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One, Kuala
Lumpur.
SUMBER :
0 comments:
Post a Comment