BERBANGGALAH. Bukan sesuatu yang mudah menguruskan satu
pandemik yang merosakkan ekosistem sosial dan ekonomi seluruh dunia. Tetapi
kita hampir berjaya
1. Kita berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3
April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik
berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan
Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan negara serantau seperti
Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)
2. Kita adalah antara negara yang paling berpotensi
mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan
setiap hari pada bulan ini. Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal
diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahn 1400 ujian dilaksanakan sehari
kepada seluruh rakyat.
Ya. KKM tidak bekerja seorang diri
3. Kita adalah antara negara terawal mengadakan ‘lockdown’
secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara
natural. Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan
hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’
sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.
4. Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan
ratusan pusat kuarantin termasuk mengubahsuai MAEPS Serdang sebagai pusat
rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari
5. Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan
Covid-19 yang tinggi di dunia. Setakat semalam, 24.8% kes positif telah pun
pulih dan dibenarkan keluar. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar
global (20.8%) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65%), AS (4.43%),
Kanada (17.66%), Israel (5.42%) dan Australia (10.7%)
6. Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak
terganggu dengan politik dalaman. Antara punca New York menjadi negeri pertama
di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana
Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump
(Republican).
Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, Isteri Membebel
dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan
semula. Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama.
Ya. Ini bukan kerajaan yang saya undi. Ini juga bukan kerajaan
yang anda undi
Tapi apa yang sedang terjadi, membuktikan mereka adalah
kerajaan yang kita perlukan hari ini
IN SYAA ALLAH
#KitaAkanMenang
—
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
0 comments:
Post a Comment