Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 13, 2020

COVID-19: MENTERI SERU KHUTBAH JUMAAT DIPENDEKKAN




PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meletakkan beberapa panduan untuk Solat Jumaat berikutan status COVID-19 terkini.


Menurut Dr Zulkfli, sekiranya wabak masih terkawal menurut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), solat jumaat mesti diteruskan dengan beberapa saranan seperti memendekkan Khutbah Jumaat, mengambil wudhu’ di rumah masing-masing, dan pihak masjid perlu menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup mulut sebagai langkah pencegahan.


Bagaimanapun, menurut Dr Zulkifli, mereka yang mempunyai simptom-simptom jangkitan, tidak perlu hadir Solat Jumaat kerana tergolong dalam golongan orang-orang yang sakit.


Mengulas lanjut, menurut Dr Zulkifli, sekiranya wabak COVID-19 merebak tanpa kawalan, solat Jumaat boleh dilakukan dirumah, namun wajib diganti dengan solat Zohor dirumah masing-masing.


Namun, beliau meletakkan garis panduan untuk melakukan sedemikian, ia hanyalah sekiranya larangan tersebut dikeluarkan oleh jabatan berautoriti seperti KKM, dan sekiranya wabak menunjukkan ramai mangsa COVID-19 positif di penempatan berkaitan.



SUMBER – HARAKAHDAILY 

0 comments:

share2