Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 15, 2020

‘WABAK’ KETIDAKMAMPUAN KERAJAAN TADBIR NEGARA JAUH LEBIH TERUK DARI ‘CORONAVIRUS’





SEREMBAN, 15 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara sedang dilanda satu ‘wabak’ yang jauh lebih merbahaya daripada “coronavirus’ iaitu ketidakmampuan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dan menyelesaikan masalah rakyat.


Jelas beliau, walaupun negara bimbang dengan ‘coronavirus’ tetapi ‘wabak’ kerajaan yang tidak ada hala tuju jauh lebih merbahaya kerana ia membawa kemudaratan berpanjangan.


“Wabak ‘coronavirus’ memang kita risau tapi wabak kerajaan yang tidak mampu selesaikan masalah rakyat, kerajaan yang haru biru… inilah pada saya jauh lebih merbahaya dari ‘coronavirus’. Sebab itu kita kena kalih kerajaan yang ada sekarang ini.


“Bukan itu sahaja, sejak beberapa bulan ini pun banyak benda pelik yang berlaku dalam negara, yang tidak patut naik… naik. Dulu orang kupas bawang menangis, sekarang orang beli bawang menangis, pelikkan…,” ujar beliau ketika berucap dalam program Muafakat Nasional peringkat Parlimen Seremban malam tadi.


Tambah Najib, jika ditoleh ke belakang kekalahan dalam PRU-14 yang lalu ibarat mimpi negeri sehinggakan ramai yang malu untuk keluar rumah apatahlagi memakai baju UMNO.


“Nak kibar bendera UMNO pun tidak sanggup tapi dengan izin Allah, keadaan politik sekarang berubah sekali lagi. Sentimen sekarang bila pakai lencana UMNO kita rass bangga sekali.


“Ditambah dengan rakan-rakan PAS atas nama Muafakat Nasional, PRU-15 insha Allah milik kita bersama,” ujar beliau lagi.


Mengulas dengan lebih panjang Najib berkata, sekiranya satu analisa dibuat, ada tiga perkara yang boleh menggambarkan kerajaan hari ini.


“Pertama, kerajaan yang tidak peduli rakyat, kedua, kerajaan yang terus menipu dan ketiga kerajaan yang tidak mampu.


“Kenapa saya cakap tidak mampu? Sebab waktu saya jadi Perdana Menteri, kami berpegang kepada falsafah asas iaitu tanggungjawab menolong rakyat. Tapi waktu rakyat susah sekarang ini, lagi kurang bantuan.


“Kalau BN berkuasa sekarang, inilah waktu kita tambah bantu rakyat,” tegas beliau.



SUMBER. – UMNO ONLINE

0 comments:

share2