KUANTAN - Tulisan jawi adalah satu medium komunikasi terbaik
kepada umat Islam untuk mudah celik dalam bacaan al-Quran.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Al-Sultan Abdullah bertitah, jika seseorang itu tidak dapat membaca tulisan
jawi ia pasti boleh membawa kegagalan dalam membaca al-Quran.
Titahnya, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan
tulisan jawi terus ada dan menjadi alat komunikasi kepada masyarakat.
"Maka kita sebagai umat Islam perlu terus memelihara
dan memartabatkan tulisan ini agar ia tidak ditelan zaman.
"Ini kerana tulisan jawi memainkan peranan yang sangat
penting dalam perkembangan Islam di alam Melayu," titahnya.
Baginda bertitah demikian sewaktu mencemar duli menyampaikan
ucapan pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Pahang kali ke-16 di Dewan
Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk
Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Seri Burhah Mohamed; Exco Hal
Ehwal Agama Pelajaran dan Kesihatan, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha
Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Tengku Hassanal menyampaikan hadiah kepada juara tilawah
al-quran, Norhanani pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Pahang kali
ke-16 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Tengku Hassanal menyampaikan hadiah kepada juara tilawah
al-quran, Norhanani pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Pahang kali
ke-16 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi.
Seramai 30 peserta telah menyertai Majlis Tilawah al-Quran
Peringkat Negeri Pahang kali ke-63 yang dimenangi Qari, Mohamad Syaheed Sabri
dan Qariah, Norhanani Ayob.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal mengingatkan semua umat
Islam berpegang teguh pada ajaran Islam, perintah dan larangan yang terkandung
dalam al-Quran.
Baginda juga mahu Kitab suci ALLAH itu dijadikan sumber
rujukan dalam menyelesaikan masalah kehidupan.
"Jangan sesekali kita hanya mengambil sebahagian dan
meninggalkan sebahagian yang lain demi kepentingan diri serta kumpulan politik
semata-mata," katanya.
Tengku Hassanal turut bertitah, supaya semua umat Islam
melazimi bacaan al-Quran pada setiap hari secara istiqamah.
Titahnya lagi, ibu bapa dan majikan perlu membudayakan
amalan di rumah dan di tempat kerja.
"Elak malu untuk belajar al-Quran, jika tidak pandai
dan manfaatkan teknologi dengan memuat naik perisian al-Quran dalam telefon
bimbit," titahnya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment