Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 18, 2020

HIMPUNAN 220220 MENDAKWA DIBERI KEBENARAN




FACEBOOK Gabungan Kuasa Rakyat mendakwa telah telah bermesyuarat dengan OCPD Dang Wangi dan pegawai-pegawai beliau berserta wakil dari DBKL dan Sogo dan diberi kebenaran


Admin facebook Gabungan Kuasa Rakyat menjangkakan Himpunan 220220 akan mendapat sambutan luar biasa, pihak berkuasa telah memberikan kebenaran untuk Himpunan 220220 diadakan dengan syarat lokasi dipindahkan ke Jalan Raja Dataran Merdeka.


“Dengan berbesar hati ingin mengumumkan Himpunan 220220 akan berpindah ke lokasi yang lebih ikonik dan selesa iaitu Jalan Raja Dataran Merdeka. Waktu adalah sama iaitu dari 2.00 petang ke 5.00 petang. Maka berlapang dadalah untuk hadir Himpunan 220220 pada hari Sabtu ini 22.02.20.”


“Jika anda ingin membeli t-shirt Kuasa Rakyat yang sangat terhad (200 Helai Sahaja) boleh klik pautan di bawah. Atau pakailah apa-apa yang sopan untuk Himpunan 220220 ini. Jangan lupa kita semua adalah Kuasa Rakyat dan Kuasa Rakyat adalah kita semua.”


SUMBER:  (7) Kuasa Rakyat - Posts
https://www.facebook.com/pg/GabunganKuasaRakyat/posts/?ref=page_internal


0 comments:

share2