Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 19, 2020

UMNO SAMBUT KEMENANGAN DI KIMANIS DENGAN PENUH




BEAUFORT, 18 Jan – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin yang menewaskan Datuk Karim Bujang daripada parti Warisan disambut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis disambut dengan penuh kesyukuran oleh pemimpin UMNO dan BN pelbagai peringkat.


Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemenangan besar di luar jangka itu termasuklah empat PRK di semenanjung sebelum ini memperlihatkan penolakan rakyat rakyat terhadap kerajaan yang memerintah hari ini.


“Kita mengucapkan syukur atas kemenangan besar yang diluar jangka juga bagi kita di Kimanis ini dan kalau kita lihat kita telah memenangi empat PRK di semenanjung iaitu dua DUN dan dua parlimen secara berturut-turut dan ini jelas menunjukkan tentang penolakan rakyat di semenanjung terhadap kerajaan yang memerintah hari ini kerana mereka gagal dari segi pembangunan ekonomi , gagal menjaga kepentngan rakyat dan sebaginya.


“Banyak isu yang menyebabkan mereka menolak tetapi tidak ada bukti lagi di Sabah. Jadi apa yang berlaku hari ini keputusan ini jelas menunjukkan bahawa sentimen menolak kerajaan PH bukan sahaja di semenanjung tetapi juga termasuk di Sabah walaupun kita berdepan dengan kerajaan Warisan di Sabah dengan berbagai janji.


“Ini termasuklah pelbagai perkara yang kita tahu berlaku sewaktu pilihan raya dan sebelum hari mengundi. Pelbagai kesalahan pilihan raya dilakukan oleh mereka untuk menjamin kemenangan mereka tetapi rakyat tetap menolak kerajaan PH,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Kimanis, di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort. Mohamad Alamin atau lebih dikenali Datuk Moh mengalahkan calon daripada Parti Warisan, Datuk Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi.


Datuk Mohamad Alamin memperolehi 12,706 undi manakala Datuk Karim Bujang memperolehi 10,677 undi.


Tambah Ismail bukan sahaja atas isu Pas Sementara Sabah (PSS), tetapi keseluruhannya kerajaan hari ini dilihat gagal untuk menjaga kepentingan rakyat dan saya rasa momentum ini akan berterusan bukan sahaja di semenanjung telah kita buktikan  tetapi di Sabah juga penolakan jelas dan ini juga satu kebangkitan suara rakyat melalui PRK.


Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pula melihat kemenangan di Kimanis amat besar maknanya kepada BN dan UMNO di Pusat khususnya Sabah dan kemenangan ini tentunya hasil daripada sokongan kuat daripada rakyat di Kimanis dan kesungguhan seluruh jentera parti pelbagai peringkat termasuklah rakan muafakat nasional dan muafakat Sabah.


“Kemenangan ini  menuntut supaya UMNO dan BN bekerja dengan lebih kuat lagi mendekati rakyat memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat kerana saya percaya dengan pelbagai masalah yang datang daripada kelemahan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, sudah tentu rakyat menerima kesan yang amat sangat berkaitan dengan ekonomi, kos sara hidup yang tinggi  dan juga isu-isu yang membimbangkan rakyat khususnya di Sabah berkaitan Sabah.


“Sudah tentu dengan itu menuntut supaya UMNO dan BN khususnya di semua peringkat untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Jangan kita lihat kemenangan ini adalah penyudah kepada perjuangan kita dan ini belum penyudahnya kerana perjuangan kita masih lagi panjang sudah tentu harapan rakyat kepada BN dan UMNO dan muafakat nasional serta muafakat Sabah kembali sebagai sebuah kerajaan yang nampak jelas diperlihatkan dalam lima PRK terakhir ini.


“Jadi saya harap semua peringkat kepimpinan parti bekerja dengan lebih kuat kita dekati rakyat . Saya percaya selagi kita dekati rakyat,  rakyat akan terus bersama dengan kita dan insya Allah akan bangkit sebagai sebuah kerajaan samaada di peringkat persekutuan dan negeri dan percaya itu harapan rakyat yang diterjemahkan dalam kemenangan BN di Kimanis,” ujarnya.


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata kemenangan itu disambut gembira oleh UMNO dan BN Sabah serta UMNO Malaysia.


“Selama ini kita dianggap di Sabah ini sebuah parti yang sudah tidak lagi bernyawa apabila 23 ketua bahagian UMNO keluar parti bersama kepimpinan tertinggi bahagian, 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kami melompat parti tinggal satu ADUN, enam daripada tujuh ahli parlimen dan dua senator telah keluar parti, tidak ada orang yang memberikan peluang dan mempercayai kami.



“Tetapi hari ini kenyataannya ialah UMNO Sabah…mudah-mudahan keputusan ini akan memberikan kita satu iltizam baru dalam perjuangan. Kalau kita lihat jumlah pelaburan parti Warisan di dalam PRK ini tidak akan seorang yang akan mengatakan kita boleh menang. Terlalu banyak yang dicurahkan di Kimanis ini dan Alhamdulillah rakyat Kimanis telah memberikan ita kepercayaan. Terima kasih pengundi Kimanis dan terima kasih kepada seluruh jentera parti,” tambahnya,


SUMBER: .-UMNO Online

0 comments:

share2