Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 13, 2020

[KUANTAN] TINDAKAN YANG DISIFATKAN TERLALU BIADAP


KUANTAN - "Tindakan Yang Disifatkan Terlalu Biadap!". Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Dato Sri Mohd Sharkar Shamsuddin dalam satu kenyataan semalam.
.
Exco Kerajaan Negeri Pahang itu merujuk kepada laman Facebook yang menghina KDYMM Tuanku Raja Permaisuri Agong kerana menyokong Tulisan Jawi.
.
Dato Sri Mohd Sharkar yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia itu turut berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa terhadap mana - mana individu yang menghina institusi Raja - Raja.
.
"Tidak sepatutnya dibiarkan dan ia adalah satu penderhakaan kepada institusi Raja di Negara ini.
.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang sangat kurang ajar ini dan menuntut pihak Polis mengambil tindakan segera terhadap pengkhianat yang jelas menghina Raja Permaisuri Agung," katanya.

0 comments:

share2