'DIPLOMASI WAN ROSDY'... Diplomasinya melangkaui masa dan
juga tempat.
“Menteri Besar tentukan hala tuju, kami penjawat awam
membantu merealisasikannya,” demikian kata seorang pegawai kanan Bahagian
Perancang Ekonomi Negeri (B-PEN) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.
Foto santai ini dirakam secara 'wefie' oleh Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri (TSUK) yang juga Pengarah B-PEN, Dato' Fadzilla
Salleh (kanan sekali, separuh terlindung) pada petang Jumaat, 2 Ogos dalam
Restoran Zam Zam di Arab Street (lebih kurang bersamaan Restoran Hameediyah di
Jalan Campbell, Pulau Pinang) sebelum mengambil 'flight' pulang ke tanahair.
Selain Dato' Sri Wan Rosdy sendiri; antara yang turut
kelihatan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato' Zainol Rahim
Zainuddin (duduk bertentangan Dato' Sri Wan Rosdy), serta Dato' Sri Dr
Salehuddin, Dato' Sri Ir Mohd Soffi, serta Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan
Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP), Dato' Mohd Suhaimi Yunus.
SUMBER: https://khabarpahang.blogspot.com/2019/08/diplomasi-pahang-jaya-tarik-pelaburan.html?m=1&fbclid=IwAR1xfKM8tAR9Tjf5HKlf0RF2XNxsZTN7EZbnUM27JrJ7hunmM8dZOa3NYoI
0 comments:
Post a Comment