KUALA LUMPUR, – Ketua
Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan Pakatan Harapan
(PH) kerana memerah sepuluh peratus hasil sumbangan jemaah kepada tabung masjid
atas nama tabung wakaf.
Dalam satu lontaran di Facebook, Zahida bertegas sepatutnya
kerajaan membantu menambah dana masjid.
“Hasil sumbangan orang ramai terutamanya pada hari Jumaat
kepada tabung masjid dan surau digunakan untuk operasi, tampung kos
penyelenggaran, anjuran program-program amal dan banyak lagi kos-kos lain.
“Sepatutnya kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberi dana
kepada masjid dan surau bagi menampung segala kos harian mereka.
“Bukannya menetapkan jumlah tertentu dan diambil secara
paksa,” ujarnya yang mengulas mengenai tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang
yang memutuskan sepuluh peratus hasil sumbangan jemaah masjid untuk dana wakaf
mereka.
Mengulas lanjut, Zahida berkata perkara sedemikian tidak
pernah berlaku semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negara walaupun pada
ketika itu kerajaan negeri Pulau Pinang dikuasai oleh Dap.
“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku pada era BN
memerintah dahulu, walaupun Dap mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Adakah selepas ini mereka mahu ganggu dan pertikai kutipan
wang zakat pula? Soalnya sambil meninggalkan tanda pagar #KerajaanSepenggal. –
SUMBER: UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment