KUANTAN, 24.07.2019 -
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mendengar
persembahan taklimat dari Pegawai Daerah Kuantan dan seterusnya Baginda
menyampaikan titah dan memberi nasihat supaya penduduk Sg. Isap dan rakyat
Pahang keseluruhannya mengutamakan keselamatan supaya kes kebakaran tidak
berulang lagi.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudian melawat
perumahan yang terbakar di Lorong 98, Perkampungan Sg. Isap, Kuantan serta menziaraha
mangsa-mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail.
Sumber: PRO Pahang
0 comments:
Post a Comment